Social Icons

Kenangan bersama Almarhum Sultan Iskandar

"Saya, masa dengan almarhum dulu, almarhum tak suka tengok saya berjalan. Dia tak kasi saya keluar negara. Dia pun jarang keluar negeri, luar negara. Mesti dia nakkan saya tak jauh dari dia."

"Dengan adik-beradik saya yang lain dia tak kisah. Dengan saya satu dia mesti control. Sampai dalam negeri Johor pun saya nak bergerak luar daerah Johor Bahru, mesti pergi mengadap sembah dia dulu. Kalau saya pergi ke pulau pun nak menyelam saya mesti sembah. "Berapa lama nak pergi? bila nak pergi? Bila balik? Siapa lagi yang pergi" Dia nak tau juga siapa orang-orang saya ni. Selepas itu, akhir sekali, baru Almarhum ucapkan selamat, “Bah doakan semuanya tak ada apa-apa, semuanya selamat."

"Apabila balik saya terus mengadap. Dia pun nak tahu apa cerita, "Apa nampak dalam air masa menyelam? berapa lama menyelam? berapa banyak kali menyelam? ikan apa dapat? Kalau kita cerita pasal ikan, mesti dia tanya "mana ikan tu?". Mesti siap tunjuk. ni ikannya bah.. Almarhum akan tanya, "betul ke ni kau yang tembak?" Almarhum tidak suka perbuatan membazir, pantang sekali kalau melihat pembaziran."

"Kalau mahu ke luar negara, contohnya, hendak lihat anak saya bersekolah di Australia. Almarhum akan tanya, berapa hari pergi ke sana. Saya jawab seminggu. “Eh, mana boleh?” Almarhum potong tiga hari. Jadinya pergi satu hari, melawat satu hari, balik satu hari, tinggal satu hari sajalah cuti saya. "Ar Cukup, buat apa banyak-banyak."

"Saya dengan Almarhum sangat rapat, tetapi saya tidak pernah menjawab, kalau Almarhum murka dengan saya, saya tidak menjawab, saya diam. Perlahan-lahan Almarhum akan ‘sejuk’ semula. Itulah hubungan bapa dengan anak."


ARTIKEL YANG BERKAITAN:
  1. 23-01-2010 - Tunku Ibrahim dilantik Sultan Johor ke-5
  2. Majlis Pemasyuran yang diwarnai dengan kesedihan
  3. Wawasan Sultan Ibrahim

3 comments:

  1. Al fatihah buat almarhum Tuanku yg saya kasihi..

    ReplyDelete
  2. Percaya tak. Menitik airmata membacanya. Al Fatihah buat Almrhum Sultan Iskandar yang dikasihi dan dirindui.

    ReplyDelete
  3. Seronok juge dpt baca kisah Tuanku. Nak lagi...boleh??

    ReplyDelete