Social Icons

SEJARAH ISTANA TEMENGGONG DAN MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM, TELOK BELANGA

Oleh YANG BERHORMAT DATO' ABDUL RAHIM RAMLI

Dato Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim  ibni al-Marhum Dato Temenggong Sri Maharaja ‘Abdu’l Rahman (1810-1862)
SEJARAH AWAL TELOK BELANGA
Pada tahun 1815 Temenggong Daing Abdul Rahman Ibni Dato’ Abdul Hamid setelah menerima restu Sultan Mahmud III belayar dari Riau ke Singapura dan membuka sebuah penempatan Kampong Temenggong di tebing Sungei Singapura. Pada tahun 1819 British melantik Temenggong sebagai Pemerintah Singapura dan Tengku Husain Ibni Sultan Mahmud sebagai Sultan Husain Muazam Shah Sultan Johor. Atas nasihat British bahawa Kampong Temenggong tidak sesuai dari segi kesihatan Sultan Husain berpindah ke Kampong Gelam. Temenggong melewatkan perpindahan sehingga British bersetuju membayar gantirugi. Temenggong  bepindah ke Telok Belanga pada hari Jumaat 14 Mac 1824.

British enggan menerima hakikat diperintah oleh Temenggong. Telok Belanga adalah tanah pajakan dan dikenakan syarat sekiranya Temenggong atau waris-waris gantian nya berpindah dan bermastautin di tanah besar Johor, British akan membayar 15,000 Spanish Dollar kepada Baginda.

ISTANA TEMENGGONG DAN MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM

Istana Temenggong, Telok Belanga
Temenggong membina sebuah istana di Bukit Aur dikenali sebagai Istana Temenggong dan sebuah balai rong seri berbentuk lapan segi sebagai balai menghadap dan mesyuarah. Temenggong Daeng Ibrahim menjadikan balai rong seri sebagai masjid.

Pada tahun 1989 Almarhum Sultan Iskandar bertitah masjid itu dibina semula dengan dikekalkan rekabentuk asal dan dinamakan Masjid Temenggong Daing Ibrahim.

Untuk tujuan menjamin ketuanan Telok Belanga Maharaja Abu Bakar pada 15 Ogos 1864 melalui perundingan berjaya membatalkan syarat tanah. British bersetuju mengurniakan Telok Belanga dengan hak milik kekal. Telok Belanga adalah jajahan Johor dimana bendera Johor kekal dikibarkan. Imam, bilal dan kakitangan Masjid Temenggong adalah kakitangan kerajaan Johor. Khutubah Jumaat dan Doa Sultan disediakan oleh Jabatan Mufti Johor.

Temenggong Ibrahim ditabalkan di Istana Temenggong sebagai Dato’ Temenggong  Sri Maharaja pada 19 Ogos 1841. Tun Abu Bakar diputerakan disitu pada 3 Februari 1833 dan menaikki takhta kerajaan Johor dalam tahun 1862.

Temenggong Abdul Rahman, Temenggong Daeng Ibrahim dan 34 orang kerabat dimakamkan di Makam Temenggong bersebelahan masjid. Kesultanan Johor ziarah Makam Temenggong pada setiap Ramadhan, dan pada setiap sambutan ulangtahun hari keputeraan Raja.

Telok Belanga diabadikan dalam sejarah Johor sebagai tempat lahirnya birokrasi kerajaan yang ditubuhkan oleh Temenggong Ibrahim, dan ikon Johor Baju Melayu Telok Belanga ciptaan Maharaja Abu Bakar.

Penulis,
Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim bin Ramli
Yang DiPertua
Jumaah Majlis DiRaja Johor

SEJARAH ISTANA BESAR JOHOR

Oleh YANG BERHORMAT DATO' ABDUL RAHIM RAMLI

Selepas memindahkan pentadbiran negeri dari Telok Belanga Singapura ke Iskandar Puteri pada tahun 1858 Maharaja Abu Bakar merancang membina sebuah istana reka bentuk dan ukuran yang setimpal dengan kedaulatan dan kekuasan Baginda. Istana itu hendaklah lebih besar dan indah dari kediaman Gabenor Weld di Singapura menunjukkan kuasa pemerintahan Abu Bakar melebihi Gabenor British. Baginda memilih satu kawasan strategik di atas bukit berdekatan Selat Johor. Gabenor dan semua yang belayar ke Johor akan mengangkat kepala memandang keatas apabila sampai ke tambatan istana, sebagai memberi hormat kepada Maharaja.

Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (1833-1895)
Pembinaan Istana Besar dimulakan pada tahun 1864. Pemborong yang dipilih untuk membina nya ialah Wong Ah Fook, diselia oleh Yahya Awaluddin jurutera dan arkitek dalam Jumaah Menteri yang juga mereka bentuk bangunan itu. Jubin yang digunakan diimport dari Eropah, batu marmar untuk lantai dibawa masuk dari Italy, genting dari negeri China, batu pejal dari Pulau Ubin, batu bata dari Singapura dan kayu jati dari Johor. Istana Besar siap dibina dan dibuka pada 1 Januari 1866 iaitu sama tarikh penamaan semula Iskandar Puteri kepada Johor Bahru.

Maharaja Abu Bakar tidak menjadikan Istana Besar tempat persemayaman Baginda, bahkan digunakan sebagai balai mengadap dan persemayaman raja dan pembesar yang melawat Johor. Baginda kekal bersemayam di Singapura dan berpindah ke Johor dalam tahun 1889 dan bersemayam di Istana Zahrah.

King David Kalakaua (1836 - 1891)
Antara kerabat raja asing yang mengadap dan menjadi tetamu Sultan Abu Bakar dan pernah bersemayam di Istana Besar ialah Duke of Edinburgh (1869), Prince Henry of Prussia (1880), King David Kalakaua of Hawaii (1881), Duke of Sutherland (1888), Archduke Ferdinand of Austria (1893) dan beberapa lagi. Lawatan dan kunjungan hormat ini menujukkan betapa hebatnya karisma Sultan Abu Bakar dikalangan antarabangsa dan membolehkan Baginda menunjukkan pembangunan Johor kepada dunia luar.

King Chulalongkorn, Rama V (1853-1910)
Raja Siam King Chulalongkorn (1896), Prince Henry of Russia (1898), dan Marquis Tokugawa Jepon (1929) adalah antara raja asing yang pernah bersemayam di Istana Besar semasa pemerintahan Sultan Ibrahim.

Pada tahun 1868 Maharaja Abu Bakar memindahkan jentera pentadbiran negeri termasuk sekretariat, perbendaharaan, kastam, tanah dan ukur serta pendidikan dari bangunan berasingan di Iskandar Puteri ke Istana Besar. Dengan itu wujudlah ungkapan “Istana itu Kerajaan, Kerajaan itu Istana”.

Penulis,
Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim bin Ramli
Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor
16 Oktober 2016

TEMPAHAN BUKU SEJARAH JOHOR
Whatsapp: 019-799-8249