Social Icons

19-01-1962 DATO’ ONN MENINGGAL DUNIA




Tarikh Peristiwa : 19-01-1962 

Pada hari ini dalam tahun 1962, Dato' Onn bin Jaafar meninggal dunia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara kita. Beliau adalah seorang pejuang kebangsaan dan tokoh politik yang terulung di Tanah Melayu, yang berjaya meniupkan semangat kesedaran kebangsaan kepada orang-orang Melayu. 

Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan petah bercakap dan berhujah, Datuk Onn telah berjaya memimpin orang-orang Melayu menentang dan seterusnya menumbangkan Malayan Union.Dato' Onn juga terkenal sebagai pengasas UMNO dan dipilih sebagai Presiden yang pertama apabila pertubuhan itu ditubuhkan dengan rasminya pada llhb Mei, 1946. 

Bagaimanapun, beliau telah keluar dari pertubuhan yang diasaskannya itu pada 27hb Ogos, 1951 kerana perselisihan faham dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain mengenai dasar perkauman Melayu UMNO. Dato' Onn ingin menjadikan UMNO sebagai pertubuhan politik yang tidak perkauman dan terbuka kepada semua kaum, tetapi tidak dipersetujui malah ditentang habis-habisan oleh sebahagian besar pemimpinpemimpin UMNO yang lain. 

Beliau kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malayan Party (IMP) sebaik-baik sahaja keluar dari UMNO. Parti itu hanya dapat bertahan selama tiga tahun lebih apabila dalam bulan Mac 1954 beliau menubuhkan pula Parti Negara atau "National Party" yang mengamalkan semula dasar perkauman Melayu. 

Dalam tahun 1959 Parti Negara telah memenangi pilihanraya Umum Persekutuan dan Dato' Onn dilantik menjadi Anggota Parlimen.

Dilahirkan dalam tahun 1895 di Johor Bahru, Dato' Onn mempunyai 15 orang adik beradik, lelaki dan perempuan dari seibu sebapa, sebapa sahaja dan yang seibu saha.ia dengannyal. Tidak seperti adik-adiknya yang lain, beliau semenjak dari kecil dipelihara olch Sultan Ibrahim sebagai anak angkat baginda. 

Dengan asuhan dan layanan diraja, pendidikan timur dan barat (di England) serta aliaran Islam maka tertanamlah di sanubari dan jiwanya perasaan berkeluarga, bermasyarakat, bernegara, cintakan tanahair dan semangat kebangsaan dengan suburnya.

Ketika hayatnya, Dato' Onn telah berjuang untuk memperbaiki dan meninggikan taraf hidup, pelajaran dan ekonomi orang-orang Melayu supaya dapat mempunyai kedudukan yang setanding dengan bangsa-bangsa lain.

Dato' Onn, antara lain, pernah bekerja sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan johor di Johor Bahru, berkhidmat sebagai kadet dalam Angkatan Tentera Negeri Johor (Timbalan Setia Negeri Johor), Pegawai Daerah Batu Pahat, Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Johor, Menteri Besar Johor, Pro Canselor Universiti Malaya (Singapura), Ahli yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Dalam Negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Pengerusi RIDA.

Berita kematian putera Tanah Melayu dan jaguh politik kebangsaan yang ulung itu pada hari ini (Jumaat) dalam tahun 1962 setelah berusia 67 tahun diterima dengan rasa sedih dan terharu yang amat sangat oleh rakyat jelata dan pemimpin-pemimpin negara di seluruh negara. 

Di saat keharuan itu Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dengan sertamerta mengumumkan penghormatan negara kepada jenazah Dato' Onn sebagai mengenang jasa beliau yang tidak ternilai kepada bangsa dan nusa. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Abu Bakar Ialu dibawa ke Istana Besar untuk rakyat memberi penghormatan terakhir. 

Tembakan meriam hormat sebanyak 17 kali telah dilepaskan sebaik-baik saja jenazah itu dibawa keluar dari Istana Besar di atas sebuah kereta meriam yang ditarik oleh anggota-anggota Angkatan Tentera Laut Diraja Malaya dengan diiringi oleh 300 orang anggota dan pegawai-pegawai dari Angkatan bersenjata Tanah Melayu dan Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces), menuju ke Perkuburan Diraja Mahmudiah. 

Di samping beribu-ribu rakyat jelata turut mengiringi jenazah almarhum itu ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Anggota-anggota Parlimen, Menteri-menteri Besar, Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Wakil Raja-Raja Melayu, Pembesar-Pembesar Negeri/Daerah, Wakil Kerajaan Singapura dan Canselor. Universiti Singapura.

2 comments:

  1. al Fatihah. moga roh Arwahnya dicucuri rahmat. negarawan ulung. :)

    ReplyDelete
  2. Salam alaykum.

    Sultan apa tau, dah tanda tangan perjanjian Malayan Union baru nak gelabah sebab rakyat memeberontak. Dah biasa hidup senang camni lah jadinya..

    Dalam hal yg lain, tengok jelah twitter TMJ, apa jadi kalau ada orang biasa tegur tweet dia? Dia balas dengan kata kata tak elok. macam ni ke pemimpin Islam? Tak boleh ke kalau kita tegur mereka? Tak boleh ke mereka balas dgn elok? Yelah mungkin ada rakyat yg salah, tapi macam tu ke cara pemimpin tegur rakyat?

    Yang banyak berjasa kat Negeri Johor ni orang kebanyakan saja. Raja itu Rakyat, Rakyat itu Raja.

    Mintak perhatian juga pihak atasan tolong tengok2 sikit hal dalam Johor Corporation tu. Baru2 ni ada dilantik ahli lembaga pengarah yg baru. http://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/11/11/jcorp-jumbo-mumbo/ Terlalu banyak perkara meragukan berlaku di Johor sekarang ni. Kami rakyat Johor sentiasa memerhati, dan akan menegur sekiranya ada perkara yg tidak elok berlaku di negeri kami....

    Mohon approve :)

    ReplyDelete