Majlis perasmian Asrama Pelajar Johor di Rabea Adawiya, Mesir telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertepatan dengan tarikh 17 April 2010 bersamaan 3 Jamadil Awal 1431 Hijrah. DYMM Tuanku Sultan Johor berkenan mencemar duli merasmikan bangunan asrama dan disamping mengerjakan umrah ke Mekkah setelah dua hari disini.
Tahniah kepada Mahasiswa-mahasiswi johor di mesir kerana dapat memberi kerjasama yang terbaik dalam menguruskan persiapan dan persembahan bagi menyambut kedatangan DYMM Sultan Johor beserta Exco-Exco kerajaan Johor. Sempena perasmian bangunan ini DYMM Sultan Johor berharap para mahasiswa dapat mengunakan dan menjaga asrama tersebut dengan sebaik-baiknya agar dapat di manfaatkan oleh generasi-generasi seterusnya.
No comments:
Post a Comment