Social Icons

Cuti Rehat Jumaat, Sabtu Sektor Swasta Perlu Dikaji Semula - Sultan Johor


JOHOR BARU: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa kerajaan negeri itu untuk mengkaji kesesuaian sektor swasta untuk meminda hari rehat kepada hari Jumaat dan Sabtu, selaras dengan sektor awam.

Baginda bertitah, langkah untuk menukar hari cuti rehat hujung minggu baru-baru ini, menerima aduan terutamanya daripada ibu bapa yang bekerja di sektor swasta.

"Ibu bapa yang bekerja di sektor swasta mengadu bahawa mereka tidak mempunyai masa secukupnya bersama anak-anak kerana mereka terpaksa bekerja pada hari Jumaat.

"Oleh itu, saya menyeru kerajaan negeri untuk mengkaji semula kesesuaian menyelaraskan hari rehat kepada hari Jumaat dan Sabtu untuk semua sektor," katanya ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri di sini, Khamis.

Kerajaan Johor menukar cuti rehat hujung minggu kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari tahun ini sempena  sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-55 pada November tahun lalu.


103 comments:

  1. "Oleh itu, ____PATIK____ menyeru kerajaan negeri mengkaji ( sapa yang berkata-kata ini... adakah KeBawah Duli Tuanku Sultan Johor yang mengeluarkan kata-kata tersebut.. atau penulis yang mengeluarkan kata-kata ini...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. DYMM Sultan Johor mmg bahasakan diri "saya".

      Delete
    2. Yup!!! Setuju.. byk kali dengar titah baginda mmg sebut 'saya'

      Delete
  2. Hahahaha......kesian betul penulis nih!!
    Beta la wey!

    ReplyDelete
  3. Aahh ekk...saper punya kata2 ni? Seingatnye Sultan Johor bahasakn dirinya dgn kata ganti diri KITA

    ReplyDelete
  4. Swasta memamg takkan ikut punya....tukar je balik kepada asal.....yg kerja kerajaan hari khamis lepas lunch dah lesap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat..

      Delete
    2. kalau x nak ikut, pergi berambus bukak company kat negeri lain..... Kerajaan negeri perlu bertegas.....

      Delete
    3. ko cek ke semua org punya ofis? ya betul kerajaan negeri perlu bertegas, saya setuju. kalo sultan Johor nak laksanakan hudud pun saya setuju...terlalu banyak adultery gay problems dlm negeri ni

      Delete
    4. hari kahmis memang separuh hari laaaa...bukan lesap...

      Delete
    5. Sedapnya mulut awak..suruh orng berambus...klu compny2 tu brambus alamat ramai saudara mara awak mati x makan..ckp x guna otak

      Delete
  5. Tula...bile buat keputusan bkn dr pendapat kolektif..hura hara dibuatnya...so da kene gelak....adeghg

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pon orang gelak.. negeri dia. suka hati dia la.

      Delete
    2. tahnya..statement ko yg buat org gelakkan kau..

      Delete
  6. Kalau Kelantan dan Kedah boleh laksanakan semua sektor cuti Jumaat dan Sabtu.. Johor mengapa tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju... :)

      Delete
    2. Sebab johor banyak buat kerja dengan singapore ler.. pikir la sikit, kelantan dgn kedah tu mostly buat bisnes dgn govement so x de affect sngt.

      Delete
    3. Setuju sgt.. betul kan.. khamis separuh hari.. kul 230 dh boleh balik.. yay... sy setuju kalo sulyan johor nk buat pentabdiran sndiri.. dye ade duit n dye ade ramai pemikir2 pentadbir.. lgpon johor kn kaya... lg satu.. sultan johor mmg xguna BETA.. sultan johor guna saya... kita... daulat tuanku.. harini 23jun2014.. selamat datang ke dewan semerah,batu pahat.. jumle tuanku di sana..

      Delete
  7. Kembali kepada cuti asal Sabtu dan Ahad.. sbb sistem sektor kerajaan dan swasta berlainan.. sektor kerajaan khamis 3.30ptg dah boleh balik.. klu swasta
    mana mungkin semua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa sebab kena cuti sabtu ahad juga? sbb ko nak pergi gereja?

      Delete
    2. die sibuk nak gi gereja la tuh..tu suruh cuti hari ahad.

      Delete
    3. dulu Johor cuti jumaat sabtu gak. so balik kepada asal la ngok. nampak sangat ko tak pernah hidup zaman tu .. so... STFU

      Delete
    4. swasta tu tuhan ke tak boleh ikut arahan??

      Delete
    5. Nak geraja just satu reason. Bukan semua kompeni pon kerajaan dekat Johor. Ko ni nak kata gereja alasan dia? Mana semangat 1 malaysia? Please dont be racist/religionist

      Delete
    6. Ckp jgn ikot sdap mulut kawan2,, berbudi bahasa dn hormat pndpt orng...jgn provok dgn isu2 yg x brape nk cerdik.... Cuti jumaat ke ahad sya x de masalah.... Cuma kna ingat bilangan pekrja dn majikan dlm sector swasta melebihi sector kerjaan

      Delete
  8. Subhanallah, jihad untuk menggantikan sesuatu kepada yang lebih baik malah menjadi bahan ejekan dan pertikaian. Bila sudah terlalu selesa hidup dalam aturan penjajah, inilah jadinya. Tidak kira siapapun yang berkata, ini adalah permulaan yang baik untuk kita lebih menghormati penghulu segala hari dengan mula mengenepikan kepentingan diri sendiri. Sekiranya redha, insyaAllah dilihat olehNya usaha kita. Untuk pengetahuan, usaha pertukaran cuti ini diusulkan oleh ngo2 gabungan melayu islam negeri johor yang dipersetujui oleh sultan, bukan suka2 dia nak tukar. Kedah kelantan boleh je swasta cuti. Berilah sedikit masa, insyaAllah ia akan berlaku juga di Johor. Siapa lagi besar, syarikat swatsa atau titah raja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. patik setuju

      Delete
    2. tahukan anda, bila hari jumaat cuti, si ayah boleh ajak anak anak kecil mereka untuk pergi solat bersama2. Masjid makin penuh..

      Delete
    3. Setuju dengan pendapat awak..

      Delete
    4. setuju dgn pendapat awak TETAP KEKAL dgn cuti Jumaat & Sabtu....swasta ikut jer le....

      Delete
    5. moga kerajaan negeri tidak terlalu goyah dalam berpendirian. rakyat johor mahukan keadaan ini kekal

      Delete
  9. Jumat,Jumat,Jumat

    ReplyDelete
  10. Sangat merugikan kerajaan mempunyai sebahagian pekerja yang tidak amanah dan berintegriti rendah. Mungkin mereka mengira perbuatan mereka yang balik awal dan buat kerja sambil lewa tidak dilihat oleh Allah swt. Beri makan anak2 dengan rezeki yang tidak berkat, patutlah manusia sekarang bersifat kejam dan kurang kasih sayang sesama insan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya kita tak perlu terlalu bersangka buruk. kerja kerajaan ada yg boleh isi borang cuti 3 jam dan sebagainya. mungkin mereka sudah isi borang tu utk keluar awal dan kebetulan ada org perlu berurusan cuma tidak disediakan ganti. wallahualam.

      Delete
    2. Setuju dgn tuan..ramai sgt manusia hati busuk....

      Delete
    3. Tiada angin masakan pokok bergoyang... Gaji besoo,, bnyk kemudahan mcm mcm... Cuti banyak pulak tu...tapi ada lagi yg kaki ponteng,,mengulaa kuat

      Delete
  11. umat islam khususnya sepatutnya berasa gembira bila hari kebesaran umat islam di jadikan hari cuti....jgn la nak sekular sgt seperti kamal atartuk kat turki tu....mcm org kafir

    ReplyDelete
  12. Saya suka cuti hari jumaat sebab lebih tenang nak habiskan al-kahfi..kalau jumaat kerja, kdg2 tak sempat baca pun....cuma suami yg bekerja di sektor swasta mmg terus terkejar-kejar dgn kerjanya..nak solat jumaat pun terkejar-kejar inikan pula nak habiskan al-kahfi..jadi, saya mmg sgt setuju kalau swasta pun cuti jumaat sabtu di johor..lagipun sejak jumaat cuti di johor, byk aktiviti masjid dilakukan pd hari jumaat, dr pagi hingga zohor..jadi saya rasa xperlu dipertikaikan knp perlu cuti hari jumaat..

    ReplyDelete
  13. Ya...mmg patut pon di selaraskn... x kira la cuti hari ape pon...yg penting..sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...x kisah cuti ari apa...yg penting cuti swasta & kerajaan di selaraskan...cian anak2 saya...

      Delete
    2. setuju..ble blik cuti sbtu ahad, tgk mak abah keje pulak ahad..sbtu je mse free kami..xbesttt..sbtu pulak kenduri kwen nye la byk..blik penat..esk,wt hal msg2..huhu

      Delete
  14. Plzzzzz... Tlg laaa jgn tuko ke ahad semula. Yg perlu ialah wajibkan swasta ikot cuti jumaat sabtu mcm negeri2 lain mcm kedah dll.. jgn fikir pelaburan x masuk lah ape lah. Kan kna yakin rezeki dr Allah. Negara2 Islam yg maju pon byk jer cuti jumaat sabtu. Siap kja hafday lg. Kna yakin.. lau x tunggu jelah generasi akn dtg lg ramai x g solat jumaat sbb mak bapak x dpt pantau n terkejar2 nk g skolah lak lepas tu... tolong lah fikir masak2. Jgn kejar dunia sgt. Akhirat tu yg pasti kita hadapi nanti dgn 1001 soalan nape x utamakan akhirat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong senaraikan negara islam yang maju?

      Delete
    2. maju tak perlu dgn duit dan kemewahan

      Delete
  15. patik tak kisah cuti hari apa pun tp yg penting mohon d selaraskan kerajaan/swasta. tahun 2014 ni letih betul. rasa mcm kerja tiap2 hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...ya selaraskan dgn swasta sekali...baru betol.....

      Delete
    2. setuju...harap la di selaraskan

      Delete
  16. Hari jumaat adalah hari yg dimuliakn Islam iaitu bermula petang khamis sehingga petang jumaat,sabtu pula hari mulia bg penganut yahudi dikenali hari Sabbath dn ahad pula hari mulia untuk penganut Kristian.pilihan pada kita pilih lah

    ReplyDelete
  17. dulu muhiddin nk tuko pd sabtu ahad senang jer....skarng napa banyak songel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat perkara terbaik mmg biasanya akan ada rintangan. bersabarlah, Allah akan bersama org2 yg sabar

      Delete
  18. Buat la perkiraan yg terbaik.demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Johor.

    ReplyDelete
  19. btul! jumaat ialah hari untuk org islam.. penghulu segala hari... diharap sultan dapat menitah kn supaya sektor swasta di tukar ke hari jumaat juga

    ReplyDelete
  20. tidak semua yang 'hilang' selepas rehat tengahari... yg dilihat mungkin hanya segelintir... yang kerja pejabat akan pulang jam 3.30 petang... tapi bukan semua orang juga balik waktu tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju..sy sndri stiap kamis still blik 5.30...kdg2 terlebih plk...

      Delete
    2. samalah..yg balik sampai lebih lebih masa setiap hari termasuk khamis tiada pula siapa pertikaikan..

      Delete
    3. kenapa kerajaan khamis balik 3.30?? bkn nye nk g solat jumaat pun..org keje kerajaan memang kerek je..keje mcm xkeje..

      Delete
    4. Keje krjaan bnyk shiook... Cuti bnyak sbb tu bnk keja x settle...

      Delete
  21. di wajibkn kepada semua bank dahulu....in sha allah sektor swasta akan ikut....urusan mereka banyak dengan bank....mungkin itu langkah pertama kerajaan negeri in sha allah

    ReplyDelete
  22. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. yang baik tak nampak yang buruk dikutuk memanjang.. tak semua kakitangan kerajaan balik awal.. ingat senang2 ke nak cabut lepas rehat? Jumaat penghulu segala hari.. better selaraskan cuti jumaat sabtu.. dan mohon segala event dibuat pd jumaat dan sabtu bkn sabtu ahad..

    ReplyDelete
  23. Saya teramat setuju kalau semua cuti hujung minggu sektor swasta diselaraskan dgn sektor awam...krn ianya lbh mencerminkn kepatuhan yg tidak berat sebelah dgn kerajaan negeri

    ReplyDelete
  24. Insya Allah...perkara yg baik akan dipermudahkan olehNya.

    ReplyDelete
  25. dh agak dh xkn bertahan la cuti jumaat...kedah kelantan terengganu pn da jg compny swasta...xder hal pn...klo mn yg mengaku islamtu...hormatla penghulu segala hari...ni kj ari jumaat...p solat jumaat tido...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah..jgn cepat mengalah..

      Delete
  26. Saya kerja swasta cuti sabtu ahad..anak pula cuti jumaat sabtu..saya terpaksa bawa anak ke pejabat pada hari jumaat sbb baby sitter nak cuti..sabtu pula hantar tuition dan sukan...ahad pagi2 hantar ke sekolah dan petang jemput balik...setiap hari saya bekerja dah tiada rehat...setiap hari perlu start keta...keta pun takde hari rehat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. kasihan. semoga akan berubah lebih baik mcm kami bila company kamu tukarkan cutinya kepada sama seprti kami..sabar ya? kamu perlu buat rayuan di company utk consider tukar cuti di company ini bukan menjadikan cuti jumaat utk kami seluruh rakyat johor teruskan ibadah kami kpd yg lebih baik..company kamu kena follow rules kerajaan baru kamu boleh dpt keindahan jumaat yg sama mcm kami tp bukan keputusan kerajaan yg kena dikorbankan kerana company kamu tak mahu ikut arahan kerajaan negeri. moga ada hikmahnya!

      Delete
  27. Assalamualaikum. Saya seorang ibu kepada 2 anak lelaki dan mereka telah dididik baik oleh ustaz & ustazah yg menggalakkan kehidupan berlandaskan Islam. Anak2 saya bersyukur sgt sbb X terkejar2 pada hari Jumaat. Saya doakan mrk akan sentiasa berpandangan begitu dan bukan mengalu2kan Sunday as Off Day.

    ReplyDelete
  28. Pelarasan itu melibatkan semua aspek dalam business mereka. Harap2 boleh berjaya diselaraskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sebab tu mungkin ianya akan mengambil, biar lambat asalkan bersatu.kepada mereka yg terlibat dgn keadaan ini harap kesabaran dan kesusahan mereka akan Allah bagi kebaikan yg lebih berganda. aminn

      Delete
  29. balik ke asal...semua selesai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang balik ke asal pada tahun 1993 dipinda dari hari jumaat sabtu kpd sabtu ahad

      Delete
  30. Memang balik ke asal lar nie... Abang ooiii...
    Dulu sblm Merdeka lagi mmg cuti Jumaat (Half Day), Sabtu cuti...
    Ahad offcourse kejer.... mmg sepatutnya ahad kerja kat Negeri Johor nie...

    ReplyDelete
  31. Teruskan cuti Jumaat dan Sabtu....

    ReplyDelete
  32. Weyh...jangan sukax2 kutuk sultan johor...he is stand alone legend ...even if he use saya or smtg...he is still concern about country ...so dont be busybody....i will support only johor sultan...even not our pm...thanks

    ReplyDelete
  33. Jika bank cuti jumaat dan sabtu pasti byk syarikat swasta akan menukar cuti hujung mgu mereka.. inshaaallah

    ReplyDelete
  34. Saya sokong cuti jumaat sabtu. Dapat rehat lebih sbb khamis dpt balik kul 3.30.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemalas kau ni ,,tau nk rehat jer tapi gaji mau besar,, bonus nk 2 bln gaji... Kat luar sana rmai lg yg mnganggur x de kerja..elok tmpt ko ni digantikan jer

      Delete
  35. kita org pahang pun nak sgt cuti hari jumaat.

    ReplyDelete
  36. Kan bagus kalo tukar balik ke sabtu n ahad.senang cite

    ReplyDelete
  37. Sy minta patik untuk akan mengambil tindakan yang sewajar untuk semua bangs a di negeri johor nie....

    ReplyDelete
  38. Negeri johor nie jiran yg berdekat dgn near a Singapore.kebanyakkan sy are kat berurusan dgn Singapore.jika cuti di selaraskan l pun agak susah juga sebab Singapore cuti ahad.

    ReplyDelete
  39. Sy seorg penjawat awam kkm yang bertugas Di sebuah klinik desa di negeri Johor.suami sy bertugas Di Singapore. Cuti kami berdua mmg dah tak sama.suami sy suruh sy be renting kerja Dan uruskan ank Saje. Dia tak nk uruskan ank padamkn hari ahad. .pengasuh pun tak jaga hari ahad...Kalau hari ahad bayaran pengasuh mahal.skana 7 tahun sy dah Mula bertugas Di sector awam...tiba2 per tukaran cuti jumaat sabtu nie sy di suruh oleh Suami saya untuk berhenti kerja...Suami padamkn awal.pertukaran cuti menyuruh sy untuk berhenti kerja tetap sy minta Masa sampai akhir tahun nie....hamba minta ampun pada thank u agar dapat menukar semula cuti negeri johor ke sabtu ahad.....terms kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berenti je la..kerja asuh anak pun mulia..tak perlu bayar mahal kt org lain. .buat kerja dari rumah..byk je kaedah

      Delete
    2. Cakap senang ler. Cuba kalau kau kat tempat dier tp mesti ko dgn pendapat ko gak. berbual jer lebih. Come on la, face reality sikit.

      Delete
  40. Tolonglah Tuanku. Saya amat bersetuju cuti jumaat sabtu. Tapi biarlah swasta juga diselaraskan sekali. Kerana kekurangan masa bersama anak dan keluarga disebabkan cuti yg tidak selaras maka saya sebagai isteri terpaksa berhenti kerja swasta dan menjadi suri rumah sepenuh masa demi mendidik anak, mengajar dan mencari masa untuk bermesra bersama mereka agar mereka tidak terpengaruh pada perkara2 yg tidak baik. Tapi dlm masa yg sama saya kesiankan pd suami kerana terpaksa kerja lebih masa demi menyara kluarga kerana suami sekrg menanggungnya sorg. Berbanding sblm ini saya dan suami bergabung pendapatan untuk kluarga. Jika skrg saya bekerja smula maka anak2 kurang masa dgn kami kerana saya bekerja sblm ini sampai sabtu. Cuti saya hanya ahad saje. Tapi disebabkan ahad anak bsekolah maka saya dan suami tiada masa bersama mereka. Wlaupun saya mempunyai degree tapi cuti yg tidak sama dgn anak2 memaksa saya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. tak perlu kesal dgn degree yg digunakan hanya kerana cuti yg tak selaras. kamu perlu fikir hikmah masa panjang. jika kamu kenal photographer bernama Saiful Nang, isteri beliau ada PhD pun berhenti kerja hanya kerana nak tumpukan kepada pendidikan anak2 yg lebih baik. Untunglah ibu yg ada degree dapat mendidik anak2 dirumah. Soal rezeki jgn terlalu diberatkan kerana tak cukup duit akan beri hidup yg terburuk utkmu, masya Allah, buanglah pemikiran spt ini, pandanglah dunia dgn mata hati, anak2 kamu akan terjaga dgn air tgn ibu sendiri itu adalah anugerah yg terbaik! everyone will adores you!. Allah akan beri kelapangan bagi mereka yg solat di awal waktu, patuhi kehidupan islam yg sempurna utk anak2. .in shaa Allah, Allah akan beri yg terbaik utk mu, bukan kerana kamu ada degree dan tak dpt bekerja. tidakkah kamu gembira kamu educated dan ilmu tu direct turun pada anakmu? fikirlah dgn lebih laoang hati. hidup kita utk ke syurga bukan dunia semata. wallahualam

      Delete
    2. rezeki tu ada dimana2. dari dalam rumah pun kamu boleh cari rezeki malah kamu ada degree maka kamu bijak. fikirlah dgn kebijakan kamu tu bagaimana nak cari rezeki dari dlm rumah. ramai je org berniaga online dari rumah. rezeki takkan putus kalao kamu tak duduk dlm ofis swasta yg hebat tu.

      Delete
  41. Selaraskan cuti antara sektor kerajaan dan swasta...sekarang ni kehadiran pelajar sekolah menengah ke sekolah pada hari ahad sangat teruk. Mereka mahu meluangkn masa lebih dgn keluarga pd hari ahad...yg pljr kerja part time..mereka mahu dpt duit lebih bila kerja hari ahad...sekolah diabaikan..rasanye kalau diselaraskn byk sgt kebaikannya...cuma tertanya2 sama ada kerajaan negeri ada kuasa utk menyelaraskn perkara ini...sgt stuju jika diselaraskn...setiap perubahan yg dilakukan perlu diambil kira byk aspek..sy yakin Allah suka kita menbuat sesuatu secara sistematik kemudian barulah bertawakkal..kalau pendapat personal, sy mmg suka cuti hari jumaat..boleh beribadat lebih ckit dan nak kluar2 shopping oun kurang...duit pun jimat...dah nmpk kesannya pd diri...

    ReplyDelete
  42. Yang swasta tu yg kena ikut bukan besar kepala..

    ReplyDelete
  43. Saya ingin meminta maaf sekiranya komen ttg penjawat awam menjentik hati penjawat yg bekerja di sektor ini. Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, berintergriti dan amanah, anda mendapat highest respect daripada saya. Semoga tugas yang anda jalankan mendapat pahala ibadah. Tolong jangan kecil hati kerana yang jelas ia bukan untuk anda. Ia ditujukan untuk nila yang merosakkan sebelanga susu sahaja. Salam ukhwah dari saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tuan minta maaf..kalu tidak berjumpa la kita diakhirat...

      Delete
  44. Sy dan suami kerja kerajaan dan swasta. Cuti xselaras sgt susahakan kami kne amik cuti bergilir semata2 nak luang masa bersama. Saya setuju cuti diselaraskan jumaat sabtu semua sektor.

    ReplyDelete
  45. Tukar jer la balik pada asal.. saya tengok ada jer lelaki yang lepak kedai2 makan waktu solat jumaat lps implement benda ni. Drpd tukar cuti2 ni, lebih baik buat 1 badan yang boleh tengok2 kn remaja2 yang ponteng solat ni.

    Kita johor banyak buat bisnes dengan singapore, bukan mcm kedah kelantan tu. mostly kerja diorang depend pada govement jer.

    Kalau nak tengok rakyat sokong ke x dengan cuti ni, tengok lah berapa ramai swasta yang ikut. So klau majoriti swasta x ikut, maksudnya apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org gomen pn ikut kerana terpaksa...ramai yg menyumpah jugak...kalu sultan tu betul berkuasa..keluarkan la titah untuk penyelarasan...sampai sekarang tiada pun titah...itu bermakna sultan takde kuasa mutlak....kita bukan duk zaman feudal lagi pun....realitinya tuanku tak bleh buat titah tu pun...puas hati?

      Delete
  46. Cuti ke x..sabtu ke jumaat kee...ahad ke...sama je la...yg penting hukum hudud...yg skrang nie kita guna kafir punya hukuman...bila la nak agungkan al quran....nk ucap tqvm kat mahadir...sbb berjaya menenggelamkan islam...

    ReplyDelete
  47. Tak kisah cuti hari apa pun. Paling penting selaraskan semua sektor. Pihak yg berkuasa patut bertegas dlm soal ni. Jgn ada double standard! Penat dan sangat tak selesa skarang ni

    ReplyDelete
  48. yg xnak tukar balik cuti jumaat ke ahad tu pasti laki bini dua2 kerja kerajaan sbb tu xopen minded dan fikirkan parent yg berkerja sektor lain2..dr 2014 sehingga skrg dah nampak kesannya:
    1. anak hanya ada 1 hari masa bersama bapa atau ibu atau dua2..kalau bersama dgn ibu..kurang masa ngn ayah..bila terlalu biasa ngn ibu saja..anak jadi xdgr kata dan degil.
    2. kaum bapa yg bercuti sendirian hari ahad jadi ada ms lapang sendiri, diisi ngn hobinya.bila sudah terlalu biasa xpikul tanggungjawab jaga anak, jadi terbiasa hanya fikirkan dirinya shj dan biarkan ibu yg pikul byk tanggungjawab pd anak2. kaum bapa bersama kawan2 xcukup diluar disambung dlm wasap grup kt rumah pula.
    disbbkan sistem cuti yg tempang ini, memangkinkan lagi wujudnya situasi2 di atas. Ini adalah benar2 berlaku.
    jadi apakah kebaikan sistem cuti yg tempang ini sbnrnya? siapa dan bila yg boleh membetulkannya semula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya sultan je yg boleh...sbb arahan pun dr sultan ..huhuhuhu

      Delete
    2. hanya sultan je yg boleh...sbb arahan pun dr sultan ..huhuhuhu

      Delete
  49. betul betul penat dan masa yang nak spend dgn family dan anak makin kurang....tolong selaraskan x kira jumaat ke ahad ke tapi tolong selaraskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sangat penat ...x de mase dgn keluarga ..dh la PJJ ...

      Delete