Social Icons

SUMBANGAN TANPA SEMPADAN MENCERMINKAN KELUHURAN HATI KERABAT DIRAJA JOHOR



SUMBANGAN TANPA SEMPADAN MENCERMINKAN KELUHURAN HATI KERABAT DIRAJA JOHOR

Kesultanan Johor sejak Temenggong Daeng Ibrahim mula mengembangkan sebuah kerajaan Melayu moden yang membangun pesat dari segi ekonomi dan kestabilan kerajaan keseluruhannya. Kemajuan negeri Johor pesat membangun bermula dari tahun 1840-an lagi dan pengukuhan ekonominya semakin pesat dari tahun ke tahun. 

Sebagai kerajaan yang bebas dan merdeka, hasil perbendaharaan kerajaan negeri Johor semakin meningkat dan amat stabil. Sebagai contoh, hasil negeri Johor dicatatkan pada tahun 1934 adalah sebanyak $16,660,594 dan meningkat sebanyak $16,800,000 pada tahun-tahun berikutnya.

Kestabilan perbendaharaan negeri hasil  dari kecendekiawan para pembesar-pembesar negeri dibawah pemerhatian rapi Sultan Johor membuatkan Sultan Sir Abu Bakar dan Sultan Sir Ibrahim berlapang hati mengurniakan sumbangan-sumbangan peribadi kepada yang memerlukan tidak hanya di Johor malah sumbangan turut kepada di luar negeri Johor dan juga negara. 

Pada tahun 1920-an, Sultan Sir Ibrahim menyumbangkan kurniaan peribadi baginda kepada bencana alam di negeri Perak dan Selangor. Pada tahun 1930-an menyaksikan penurunan ekonomi dunia yang menyebabkan negara kuasa besar seperti Great Britain mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk. 

Oleh kerana hubungan baik antara Johor dan Britain terjalin sejak sekian lama, pada bulan Jun tahun 1940 baginda baginda berkenan mengurniakan wang peribadi atas nama Kerajaan Johor kepada Kerajaan Great Britain sebanyak £250,000 manakala 4 bulan berikutnya baginda mengurniakan bantuan melalui cek berbentuk pinjaman sebanyak £100,000 kepada kerajaan Britain. Sebagai seorang pemimpin Islam, baginda tidak mengenakan sebarang faedah terhadap pinjaman tersebut yang ditermakan selama 10 tahun pinjaman.

DYMM Sultan Ibrahim dan DYAM Tunku Mahkota Johor mengikuti jejak nenda dan moyang baginda dalam memberi sumbangan yang tidak terhad hanya kepada rakyat Johor, malah juga di luar Johor. Pada tahun 2015 DYMM Sultan Johor mengurniakan wang peribadi RM1 juta kepada tabung jawatankuasa bencana gempa bumi di Sabah melalui Ketua Menteri ketika itu. Pada tahun 2016 baginda menyumbangkan kos pembelian dan pemasangan sebuah mesin imbasan ‘CT Simulator’ berharga RM3.6 juta kepada Pusat Rawatan Onkologi Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. 

DYAM Tunku Mahkota juga menitahkan agar kesemua wang tunai kemenangan kejuaraan Piala Malaysia tahun 2017 disumbangkan kesemuanya kepada mangsa banjir besar yang berlaku di negeri Pulau Pinang pada ketika itu. Malah, tahun yang sama menyaksikan DYMM Sultan Johor berkenan mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM4 juta kepada FAM untuk membantu menambahbaik kewangan badan bolasepak tersebut. 

Keluhuran hati kerabat Diraja Johor diketahui sejak sekian lama oleh rakyat Johor. Terlalu banyak sumbangan dalam pelbagai bentuk dan cara oleh DYMM Tuanku dan DYAM Tunku Mahkota serta seluruh keluarga kerabat diraja yang telah dizahirkan. Selain melalui kerajaan, sumbangan peribadi seperti ini adalah sifat pemurah Kesultanan Johor sejak dahulu lagi sebagai payung kerajaan yang menaungi rakyat dan negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

———

BOUNDLESS CONTRIBUTIONS SHOW SINCERITY OF JOHOR ROYAL FAMILY

The Johor Sultanate since the Temenggong Daeng Ibrahim era has developed a modern Malay government that continuously prospers in terms of economy and stability of the government in general. The rapid development of Johor has begun since 1840s and the strengthening of its economy has continued from year to year.

As a free and independent government, the Johor treasury's revenues have always been on the rise and very stable. For example, Johor's revenues recorded in 1934 were $16,660,594 and increased to $16,800,000 in the following years.

The stability of the state treasury's revenues as a result of the wisdom of state government officials under the careful monitoring of the Sultan of Johor allowed Sultan Sir Abu Bakar and Sultan Sir Ibrahim to give personal contributions to the needy not only in Johor but also outside Johor and the country.

In the 1920s, Sultan Sir Ibrahim made personal contributions to natural disasters victims in Perak and Selangor. The 1930s saw an economic downturn that caused powerful countries like the Great Britain suffered economically.

Due to a good relationship fostered over the years between Johor and Britain, in June 1940, His Majesty offered a personal contribution of £250,000 under Johor's name to the Great Britain government, followed by four consecutive months of issuing cheques for a £100,000 loan to the Britain government. As an Islamic leader, His Majesty did not charge any interest to the loan that was set for 10 years.

HM Sultan Ibrahim and HRH Crown Prince of Johor has also followed in the footsteps by often giving contributions to the Johor people as well as outside Johor. In 2015, HM Sultan of Johor contributed RM1 million to the earthquake committee fund in Sabah via the then Chief Minister. In 2016, His Majesty covered the cost of purchasing and installing a CT Simulator worth RM3.6 million to the Oncology Treatment Centre of the Sultan Ismail Hospital in Johor Bahru.

HRH Crown Prince also decreed that all prize money from winning the 2017 Malaysia Cup would go to flood victims in Penang at that time. In the same year, HM Sultan of Johor also contributed RM4 million to the FAM to help improve the national football body's finances.

The Johor Royal Family's sincerity has always been well known to the Johor people. Too many contributions in various forms and ways have been made by HM Tuanku and HRH Crown Prince as well as the Royal Over the years. Besides through the government, these personal contributions are due to the generosity of the Johor Sultanate as the roof of the Johor state and people. Allah Peliharakan Sultan.

No comments:

Post a Comment