PEMBENTUKAN NEGERI JOHOR MODEN DAN PERANAN SULTAN SIR ABU BAKAR
Transformasi dan pemodenan Johor boleh dilihat melalui
peranan penting yang dimainkan oleh Sultan Sir Abu Bakar. Keupayaan baginda
memoden dan membangunkan Johor adalah kerana visinya yang global dan melangkaui
pemikiran mana-mana pemimpin dirantau ini.
Pengalaman hasil dari perjalanan luas Sultan Sir Abu
Bakar telah membentuk pemikiran strategik serta pendedahan kepada dunia luar.
Ia sekaligus menjadikan baginda pemimpin yang kosmopolitan serta mempunyai
pemikiran dan perspektif yang global.
Tidak sekadar membantu dasar dalaman Johor, ianya turut
membentuk satu kecelikan politik serta kemahiran diplomatik yang membolehkan
baginda memelihara masa depan negeri serta mengukuhkan kedudukan meskipun
ketika era peluasan kuasa penjajah.
Pentadbiran negeri Johor turut ditransformasikan menjadi
sebuah pentadbiran yang mempunyai gabungan tradisi Melayu dan inovasi Barat. Ia
disepadukan dengan idea asal kerajaan tempatan dan budaya Melayu, sekaligus
menjadikan ia suatu sistem pemerintahan yang unik.
Secara tidak langsung, baginda telah berjaya mengemudi
pembangunan infrastruktur, sistem pentadbiran, perkhidmatan awam serta
ketenteraan Johor. Kejayaan transformasi yang terhasil merupakan penyebab tidak
berlakunya campur tangan British di negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
FORMATION OF MODERN JOHOR AND ROLES OF SULTAN SIR ABU
BAKAR
The transformation and modernisation of Johor could be
seen from important roles played by Sultan Sir Abu Bakar. His Majesty's ability
in modernising and developing Johor was due to His Majesty's vision at a global
level and surpassing other leaders in this region.
The experience gained from Sultan Sir Abu Bakar's voyages
helped formed a strategic way of thinking and exposure to the rest of the world.
It made His Majesty a cosmopolitan leader with a global perspective and
mindset.
Not only helping with Johor's internal policies, it also
formed a political consciousness and diplomatic knowledge that allowed His
Majesty to secure the state's future and strengthen its position despite being
in a colonial period.
Johor's administration was also transformed into an
administration combining Malay traditions and Western innovations. It is integrated with the original idea of a local
government and Malay culture, making it a unique governing system.
Indirectly His Majesty successfully contributed to
Johor's infrastructure development, administrative system, public services and
military. The transformation success was key in preventing the British
interference in Johor. Allah Peliharakan Sultan.
No comments:
Post a Comment