Usaha untuk membawa Safee Sali menandatangani kontrak
bersama Darul Takzim Johor FC di Wisma FAM hanya 24 jam sebelum tarikh akhir
FAM adalah untuk menyelamatkan kerjaya pemain tersebut, Presiden Johor FA, Tunku
Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan.
Tunku Ismail berkata kelab Safee iaitu Pelita Jaya FC serta
seluruh Indonesia FA menghadapi tindakan yang mungkin diharamkan oleh FIFA.
"Jika kelab atau FA telah diharamkan, anda boleh
bayangkan apa yang akan berlaku kepadanya? Dia tidak akan dapat bermain untuk mana-mana pasukan, termasuk pasukan
kebangsaan Malaysia.
"Apa yang
saya buat adalah menyelamatkan kerjaya dan kehidupan beliau dengan memberinya
peluang untuk bermain bersama pasukan kami," katanya di Istana Bukit
Pelangi di Johor.
Tunku Ismail
menegaskan bahawa baginda tidak memaksa Safee atau mana-mana pemain lain untuk
menandatangani kontrak dengan Johor Darul Takzim.
Baginda berkata
rundingan telah dilakukan beberapa kali dan Safee dirancangkan bertemu dengan baginda
di sebuah hotel di Kuala Lumpur kira-kira jam 9 malam untuk menandatangani
kontrak tetapi kerana beliau dalam kem kebangsaan untuk persediaan Piala Suzuki
dan tinggal di asrama Wisma FAM, beliau tidak boleh meninggalkan kem selepas
pukul 9 malam.
"Saya
menghormati peraturan dan oleh kerana beliau tidak boleh keluar, saya
memutuskan untuk pergi ke sana sendiri untuk bertemu dengannya serta beberapa
pemain yang telah mentandatangani kontrak bersama kami dan memberi mereka
sokongan moral dan dorongan.
"Adakah
terdapat apa-apa kesalahan dengan apa yang telah saya lakukan? Saya tidak fikir
begitu, tetapi jika orang lain marah, maka ia adalah kesalahan mereka kerana
tidak mempunyai kemahuan dan kesungguhan untuk menandatangani pemain yang
berkualiti," tambah baginda.
Tunku Ismail
berkata baginda juga telah menyasarkan tiga lagi pemain yang kini bermain
bersama Harimau Muda yang berasal dari Johor dan berminat untuk membawa mereka menyertai
pasukan Johor.
Baginda akan
membawa mereka ke Johor kerana ia adalah sebuah negeri yang hebat untuk hidup dan
menyara kehidupan.
"Johor
adalah tempat yang hebat untuk hidup. Terdapat pembangunan besar-besaran di negeri ini dan tiada kekurangan,"katanya.