Sultan Ibrahim Ismail mengesat air mata pada majlis pemasyuran. Yang hadir adalah Raja Muda Johor Tunku Ismail (kiri) dan Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid (dua dari kiri). |
DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar rakyat Johor memberikan sokongan kepada program pembangunan dan plan transformasi ekonomi yang dibawa oleh Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Beliau bertitah semasa pelancaran Projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Kampung Dato’ Abdul Ghani Othman, Penggerang, Kota Tinggi, Johor.
“Pemilihan Penggerang sebagai hub industri minyak dan gas, merupakan satu rahmat kepada Negeri Johor kerana pelaburan yang besar akan dicurahkan ke negeri ini dan rezeki yang melimpah ruah akan dinikmati oleh rakyatnya. Pembangunan mega ini sudah pasti akan mengubah suasana persekitaran dan kehidupan masyarakat disini. Namun perubahan yang berlaku adalah untuk kebaikan penduduk dan generasi akan datang”.
Baginda menekankan projek sebegini akan meningkatkan taraf ekonomi dan penghidupan rakyat, bukan sahaja kawasan ini malah seluruh negeri Johor. Tuanku Sultan Ibrahim menggesa agar kerjasama diberikan sepenuhnya dan bersedia untuk berkorban, terutama melepaskan kampung bagi merealisasikan plan program pembangunan sebagaimana dirancang.
“Saya terdengar suara suara sumbang mahu menolak pembangunan yang hendak dibawa oleh Kerajaan dan tidak mahu berubah”, titah baginda mengingatkan agar rakyat tidak menolak arys perubahan yang membawa pembangunan fizikal and peningkatan kualiti rakyat. “Jika saudara saudari tidak mahu berubah akan terus tersisih dan terpinggir dari arus pembangunan. Seperti duduk dalam gua”.
“Warga tua juga akan beroleh kebaikan apabila generasi muda tidak perlu keluar untuk mencari peluang pekerjaan. Akan datang, peluang yang sama di bandar akan juga ada di Penggerang ini”.
Baginda memberi jaminan bahawa mana mana tanah yang diambik bagi tujuan pembangunan akan dibayar pampasan setimpal dengan nilainya.
Namun begitu, baginda mengesa agar rakyat tidak peralatkan oleh golongan tertentu dan mengambil kesempatan dalam projek pembangunan seperti ini.
“Saya suka ingatkan disini kepada penduduk yang terlibat, janganlah mengambil kesempatan dengan meminta pampasan yang melampau dan tidak masuk akal. Ikutlah nilai yang munasabah dan bersesuaian dengan keadaan harta benda sekarang”.
“Ibarat menepa keris, biarlah sepadan dengan ukuran sarungnya”, titah pesan Tuanku yang mempunyai makna yang amat mendalam sambil mengingatkan bahawa segala kos yang ditanggung oleh Kerajaan adalah datangnya dari sumber duit rakyat juga asalnya.
Baginda memberikan contoh bagaimana baginda sendiri berkorban menerima cadangan projek lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) dibina dihadapan istana baginda di Pasir Pelangi walaupun pihak pemaju bercadang samada memberi lebuhraya itu dipersisiran pantai atau sebahagianya dibawah tanah. Ini kerana ianya akan meningkatkan kos yang berlipat kali ganda dan akan menyusahkan rakyat.
“Almarhum ayahanda saya (Tuanku Sultan Iskandar Al Haj) sendiri berkorban membenarkan tanah milik baginda yang terletak dikawasan utama di bandar untuk dijadikan perumahan bagi menempatkan penduduk setinggan yang terlibat dalam pembinaan EDL tersebut. Inilah contoh pengorbanan yang dibuat demi kepentingan rakyat”.
Bagi juga melahirkan rasa dukacita mengenai segelintir pihak yang menghasut rakyat untuk menolak program pembangunan “Saya juga amat kesal dengan segelintir masyarakat yang cuba menentang pembangunan. Dan ada juga kumpulan yang cuba mengambil kesempatan untuk menghasut orang di Penggerang supaya membuat bantahan dan membuat permintaan yang bukan bukan”.
Tanpa menuding jadi, baginda memaksudkan cadangan Pembangkang untuk menggadakan siri demonstrasi dan bantahan seperti ‘STOP RAPID’. Namun begitu, ianya tidak mendapat sambutan rakyat.
Baginda menggesa rakyat merebut pelbagai peluang yang disediakan, “Inilah peninggalan yang amat bermakna untuk generasi akan datang berbanding tanah kebin dan rumah kampung yang tidak didiami. Jasa pengorbanan saudara saudari pada hari ini akan menjadi peninggalan yang penting untuk anak cucu dikemudian hari”.