Social Icons

Sultan Johor pilih menu untuk rumah terbuka

Sultan pilih menu untuk sampaikan kepada tetamu di Hari Raya



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, akan mengadakan rumah terbuka di 'rumah' baginda di Istana Pasir Pelangi pada hari kedua Hari Raya.

Baginda lebih suka rakyatnya menghabiskan hari Hari Raya pertama bersama ahli keluarga masing-masing, itu adalah salah satu sebab mengapa Keluarga Diraja Johor mengadakan rumah terbuka pada hari Hari Raya kedua.

"Hari Raya pertama adalah hari untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga," titah baginda dalam temu bual eksklusif bersama wartawan di Istana Pasir Pelangi.

Ia adalah adat untuk Keluarga Diraja Johor menghabiskan Hari Raya pertama dengan ahli keluarga terdekat, para kenamaan, ahli-ahli Jemaah Diraja Johor, menteri-menteri dan para jemputan yang lain termasuk dari negara-negara jiran.

Pada tahun ini, Sultan Ibrahim dan anakanda baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar menziarah makam nenek moyang yang telah mangkat dan saudara-mara beberapa hari sebelum Hari Raya, bukan pada sehari sebelum Hari Raya seperti amalan biasa.

Sultan Ibrahim memutuskan untuk mempercepatkannya untuk memastikan para pengiring baginda akan dapat menghabiskan malam Hari Raya bersama ahli keluarga masing-masing.

Adinda Sultan Ibrahim, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid Almarhum Sultan Iskandar adalah diantara rombongan diraja yang berangkat menziarah Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di Johor Bharu dan Makam Diraja di Masjid Temenggong Daing Ibrahim di Teluk Belangah, Singapura.

Pada hari Hari Raya kedua, rumah terbuka keluarga diraja akan diadakan pada jam 9:00 pagi sehingga jam 4:00 petang dan dijangka lebih 15,000 rakyat akan hadir.

Sultan Ibrahim bertitah baginda berharap rakyat dapat menghadiri rumah terbuka dan menikmati menu yang baginda pilih sendiri.

"Saya mahu semua orang menikmati sendiri, sekali gus menu yang dipilih mewakili semua masyarakat di negara ini," titah baginda.

"Yang menjadi pilihan semestinya makanan Johor, terutama nasi beriani yang terkenal di negeri ini, kambing panggang dan laksa Johor.

"Penjual steamboat sate atau dikenali sebagai satay-satay yang terletak berhampiran Padang Seri Gelam akan menempatkan van di kawasan Istana Pasir Pelangi di mana para tetamu boleh menjamu selera dengan satay-satay." titah baginda lagi.

Penjual lain yang dijemput ke rumah terbuka tersebut termasuk Penjual Rojak Buah dan Rojak India yang biasanya beroperasi di hadapan Foon Yew High School di Stulang.

Sultan Ibrahim yang mahu semua orang menikmati suasana Hari Raya telah menambah menu seperti lontong kering, sate, ketupat, rendang, sambal kacang, serunding, soto, mee goreng dan kuey tiau goreng.

Pencuci mulut seperti biskut Raya, kek, ABC dan cendol juga akan dihidangkan.

Suri Sultan DYMM Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta paduka putera dan puteri akan turut bermesra melayan tetamu.