JOHOR BAHRU: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim disahkan mangkat pada jam 7 malam tadi di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Pengumuman dibuat Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli, pada sidang media khas yang diadakan di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim, dekat Bukit Timbalan, sebentar tadi.
Abdul Rahim berkata, jenazah Allahyarham akan diiring ke Istana Besar Johor Bahru dan disemayamkan di sana.
"Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan memulakan bacaan tahlil di bilik jenazah dan pada esok jam 7 pagi akan disempurnakan Istiadat Siram Jenazah dan Mengkafankan Jenazah.
"Jenazah kemudian akan disemayamkan di Petrana tujuh tingkat di Bilik Singgah Sana Istana Besar Johor," katanya.
"Jenazah kemudian akan disemayamkan di Petrana tujuh tingkat di Bilik Singgah Sana Istana Besar Johor," katanya.
Abdul Rahim berkata, bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, rakyat jelata dibenarkan untuk hadir memberikan penghormatan terakhir menggunakan pakaian sopan. Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim diputerakan pada 7 Julai 1990 di HSA, di sini.
Allahyarham adalah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Tunku Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Antarabangsa Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Zaikarim Johor Bahru, sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan di sebuah universiti di United Kingdom selama dua tahun.
Allahyarham yang mesra dengan gelaran Lil pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011.
Tunku Abdul Jalil mula mendapatkan rawatan untuk penyakit kanser hati yang dihidapinya tahun lalu dan menjalani pembedahan pemindahan hati di China.
YANG Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli (tengah) di sidang media mengumumkan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Bangunan Sultan Ibrahim Bukit Timbalan, Johor Bahru. |
Al-Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh al-marhum. Al marhum insan yang berbudi pekerti tinggi,berjiwa rakyat dan mentaati ibu bapa, insyallah jannah tempatnya.
ReplyDelete
ReplyDeleteTerpaksa sy berucap dsni bahwa cita-citaku menjadi TKW sukses pulang di kampungku sudah tercapai, alhamdulillah.... awalnya aku ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa ..!!! terima kasih banyak kpd teman aku yg ada di singapura..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses aku baca. Aku bsa kenal nma nya Mbah Suro Guru spiritual PESUGIHAN ANKA GHAIB TOGEL 2D sampai 6D dan PESUGIHAN DANA GHAIB. . pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jd Tkw di HONGKONG hanya jeritan batin dan tetes air mata ini selalu menharap tp tdk ada hasil sm sekali. Mana lagi dapat majikanku galak, kejam, cerewet, salah sedikit kena marah lagi . Tiap bulan dapat gaji hanya separoh saja . . itu pun tdk cukup biaya anak di kampung. Tp sy beranikan diri tlpon nmr beliau untuk minta bantuan nya. melalui PESUGIHAN DANA GHAIB Nya . syukur Alhamdulillah benar2 terbukti sekarang. terima kasih ya allah atas semua rejeki mu ini. Aku sudah bs pulang ke kmpung halaman buka usha skrg. jk tman minat ingin tlpn beliau . ini nmr nya +62 82354640471 & 082354640471 siapa tau anda bisa di bantu dan cocok sprti aku . aminn