Social Icons

Showing posts with label Daerah. Show all posts
Showing posts with label Daerah. Show all posts

Senai: Daripada pekan koboi kepada bandar moden


Selesa...Ruang yang luas memberikan suasana yang selesa kepada pengguna di Aeromall, Senai.

SETENGAH abad lalu, Senai hanyalah sebuah pekan kecil yang terdiri daripada deretan beberapa rumah kedai di sepanjang jalan utamanya. Bagaimanapun mulai pertengahan 70-an, pembinaan Lapangan Terbang Anatarabangsa Senai, kira-kira lima kilometer dari pecan itu, telah membawa perubahan yang besar kepada kawasan sekitarnya. Daripada hanya deretan beberapa rumah kedai, kini kilang-kilang dan taman-taman perumahan yang tumbuh bak cendawan telah mengubah wajah Senai.

Tidak lama lagi, wajah Senai akan mengalami suatu perubahan besar apabila sebuah projek pembangunan bernilai RM3.3 bilion bagi membangunkan Bandar Lapangan Terbang yang melibatkan pembangunan Taman Berteknologi Tinggi, Zon Perindustrian dan Komersil Bebas, serta projek pembangunan bercampur dibangunkan dalam tempoh 10 tahun ini.

Pembangunan di atas tanah seluas 1,110 hektar yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang
Senai itu akan dibangunkan dalam tiga fasa. Fasa pertama dan kedua adalah pembangunan meliputi pembinaan kompleks kargo baru, pemanjangan trek laluan kapal terbang, dan menaik taraf kompleks terminal penumpang. Fasa ketiga pula meliputi pembangunan Bandar Lapangan Terbang Senai yang melibatkan pembangunan taman teknologi tinggi, zon perindustrian dan komersil bebas seta projek pembangunan bercampur.

Lapangan Terbang Senai
Lapangan terbang yang dibuka pada 1974 itu telah mengalami pelbagai proses pengubahsuaian untuk disesuaikan dengan keperluan semasa.

Pada November 2003, Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATSSB) telah mengambil alih pengurusan dan operasi lapangan terbang itu daripada Malaysia Airport Berhad.

Semenjak pengambilalihan itu, SATSSB telah membelanjakan sejumlah RM350 juta untuk menyiapkan serta memperbaharui bangunan terminal penumpang, penambahan trek laluan kapal terbang, kemudahan tempat letak kereta serta pembinaan kompleks kargo udara yang baru.

Aeromall
Kompleks yang dibina dengan kos RM80 juta ini adalah gedung beli-belah yang pertama beroperasi di kawasan lapangan terbang di Malaysia. Ia akan menempatkan 25 unit kedai yang direka bentuk bagi menjadi pusat tumpuan gaya hidup pengguna di kawasan itu. Antara perniagaan yang telah menempah ruang di dalam kompleks itu adalah Starbuck, KFC, Kyros Kebab, Restoran Jepun Kinsahi serta MPH Bookstore.

Taman Teknologi Tinggi Senai (Senai Hi-Tech Park)
Taman Teknologi Tinggi Senai dibina di atas tapak seluas 460 hektar dan memulakan sebahagian operasinya pada Mac 2011. Ia adalah kawasan teknologi tinggi kedua di Malaysia selepas Hi-Tech Park Kulim. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diberi tanggungjawab membangunkan taman ini akan turut menyediakan latihan dan sumber modal insan secara berterusan bagi memenuhi keperluan di taman itu.

Antara syarikat yang telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk melabur di situ adalah STX Corporation dari Korea, melibatkan jumlah pelaburan RM1.5 bilion. Syarikat ini akan melabur dalam sektor kuasa solar meliputi kemudahan pengeluaran modul sel solar dan taman solar bagi menjana 100 megawat (MW) arus elektrik dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun.

Zon Perindustrian dan Komersil Bebas
Zon perindustrian bebas dan kawasan logistic yang merangkumi kawasan seluas 375 hektar ini dirangka bagi tujuan pusat pembuatan barangan bermutu tinggi serta industri berteknologi dalam sektor penerbangan dan pengangkutan. Ia termasuk pembangunan kilang-kilang, hangar pesawat serta kawasan operasi untuk syarikat-syarikat yang menguruskan perkhidmatan penghantaran.

Kawasan ini juga akan menempatkan gudang-gudang barangan perdagangan untuk diedarkan ke tempat-tempat lain di seluruh negara.

Pembangunan Bercampur (Pusat Komersil dan Kediaman)
Perancangan pembangunan bercampur di Bandar Lapangan Terbang Senai di atas kawasan seluas 264 hektar ini akan meliputi kawasan perumahan, perniagaan dan sector hospitaliti. Ia akan melibatkan projek pembangunan dua blok hotel, pusat konvensyen, pejabat, kilang dan kawasan perumahan.

23 FEBRUARI PERISTIWA BUKIT KEPONG


23 FEBRUARI PERISTIWA BUKIT KEPONG

SELEPAS Jepun berundur pada Ogos 1945, penduduk Tanah Melayu melalui satu zaman lagi yang penuh dengan ketakutan.

Berbeza ketika pendudukan Jepun, keadaan selepas 1945 lebih mengerunkan kerana pada masa itu komunis bermaharajalela. Keganasan mereka tidak mengira waktu, tempat dan mangsa. Mereka akan menyerang kampung, membakar rumah serta kebun untuk menakut-nakutkan penduduk dan mencuri bahan makanan.

Angka tepat mereka yang dibunuh komunis mungkin tidak akan diketahui. Begitu juga jumlah sebenar serangan yang telah mereka lakukan. Namun Holistik berusaha mengesan peristiwa hitam yang membabitkan komunis di Johor dengan bantuan Muzium PDRM dan berikut adalah antaranya:

Bersejarah.. Pondok Polis Bukit Kepong yang dibina diatas tapak balai yang hangus dibakar komunis

INILAH serangan paling berani komunis terhadap pasukan keselamatan. Ia dilakukan dengan penuh perancangan yang membabitkan tiga kumpulan.

Komunis menugaskan 100 orang dalam pasukan utamanya yang menyerang bahagian belakang sasaran dan 40 lain yang mengempur melalui pintu masuk utama. Kumpulan ketiga yang terdiri
daripada 45 lagi komunis diletakkan di garisan belakang pasukan penyerang ini untuk menyekat sebarang bantuan daripada sampai ke sasaran mereka – Balai Polis Bukit Kepong.

Tembakan pertama ke arah pejabat balai dilepaskan pada kira-kira pukul 4.30 pagi. Mulai saat itu, selama hampir lima jam berikutnya balai polis dan berek kediaman anggota dan keluarga dihujani peluru tanpa henti dari komunis yang ada antaranya bersenjatakan mesingan.

Sekali-sekala terdengar ledakan bom tangan. Congakan komunis bahawa balai polis itu mudah ditawan berdasarkan kepada bilangan mereka yang jauh lebih besar, meleset. Meskipun hanya
23 anggota termasuk lima Auxiliary Police (AP) yang kebetulan berada di balai ketika itu, semangat mempertahankan kedaulatan tanah air begitu membara dalam hati sanubari mereka.

Musnah...Beginilah keadaan balai selepas dibakar komunis.
Api kemarahan terhadap komunis bertambah marak melihatkan seorang demi seorang rakan gugur. Ia ditambah lagi apabila melihat isteri dan anak turut menjadi korban. Tentangan yang diberikan amat di luar dugaan.

Sejarah mencatatkan ada isteri anggota polis yang suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan turut menggalas senjata membalas serangan.

Komunis bernasib baik kerana hanya apabila pasukan keselamatan kehabisan peluru, barulah mereka dapat mara ke dalam kawasan balai.

Terlalu marah kerana diaibkan dengan semangat juang tinggi hanya sekumpulan kecil anggota pasukan keselamatan, mereka membakar balai berkenaan.

Di akhir pertempuran, 14 anggota polis dan lima AP gugur selain empat anggota keluarga mereka.

7 Ogos 1943 - Ladang Telok Sengat, Kota Tinggi
Segerombolan komunis menyerang pekerja Ladang Getah Telok Sengat yang sedang seronok menyaksikan tayangan gambar di ladang itu. Pengurus ladang berkenaan dibunuh manakala bangunan dibakar. Mereka juga melarikan dua lori sarat berisi beras.

14 September 1948 - Layang-Layang
Sebuah keretapi malam dari Kuala Lumpur ke Singapura telah digelincirkan menggunakan bahan letupan berhampiran Stesen Keretapi Layang-Layang. Motif serangan dipercayai untuk merompak namun ia gagal.

8 Mac 1949 - Johor Bahru
Seorang anggota polis terkorban apabila pasukannya diserang hendap pengganas. Operasi besar-besaran yang dilancarkan serta-merta menyaksikan empat orang komunis dibunuh.

8 Jun 1949 - Kampung Batu Enam, Segamat
Komunis melakukan antara serangan yang paling berani apabila mereka menembak mati seorang pemilik kedai. Sepasukan anggota keselamatan yang dihantar untuk menyiasat kejadian itu sebaliknya diserang hendap. Pertempuran sengit berlaku dan anggota keselamatan berjaya membunuh empat orang komunis dan merampas sejumlah senjata api. Malangnya seorang rakan mereka terkorban dan seorang lagi cedera.


17 Mac 1950 - Kempas
Komunis membakar bangunan Stesen Keretapi Kempas dan merampas kad pengenalan mereka yang berada di stesen berkenaan.

27 Mac 1950 - Kota Tinggi
Menahan dua buah bas di Kota Tinggi dan merampas kad pengenalan serta wang penumpang.

27 Mac 1950 - Batu 8 Jalan Endau, Mersing
Komunis membunuh seorang pemandu bas awam dan merampas kad pengenalan penumpang.

12 Februari 1951 - Gelang Patah
Beribu-ribu pokok getah di Ladang Selbourne telah dimusnahkan manakala pekerjanya dirompak.

19 Jun 1951 - Kulai
Sepasukan tentera Gurkha bertempur dengan segerombolan komunis menyebabkan tiga pengganas terbunuh dan tiga lagi cedera. Dalam pertempuran itu, beberapa pucuk senjata api beserta sejumlah besar peluru, bom tangan dan bahan makanan dirampas.

29 April 1955 - Renggam
Sepasukan peronda dari Batalion Pertama East Yorks Rejiment bertempur dan membunuh dua komunis serta mencederakan seorang lagi.

13 Februari 1956 - Tangkak
Sepasukan peronda dari Batalion Pertama Tentera Fiji bertempur dengan pengganas komunis dan membunuh lima orang.

13 Ogos 1957 - Tangkak
Sepasukan pasukan rondaan bersama tentera dan polis bertempur serta membunuh tiga orang komunis.

27 Disember 1957 - Tangkak
Lima orang komunis menyerah diri kepada eorang awam di Tangkak.

18 Januari 1958 - Segamat
Seorang penoreh getah dikejutkan dengan kehadiran empat orang komunis yang ingin menyerah diri kepada pasukan keselamatan.­



Daerah Batu Pahat Maju dan serba lengkap


Daerah Batu Pahat
Maju dan serba lengkap

Pesat...Sektor perindustrian menjadi pemacu utama ekonomi Batu Pahat.
JIKA ada daerah yang ingin mengaku banyak mengalami perubahan dalam tempoh 54 tahun lalu, Batu Pahat tidak harus segan untuk mendabik dada.

Manakan tidak. Batu Pahat yang satu ketika dahulu suram kini dianggap daerah kedua selepas Johor Bahru yang paling cepat kadar pembangunannya.

Kesesakan lalu lintas di pusat bandar berlaku tanpa mengira hari sementara gedung membeli-belahnya sentiasa padat dengan pengunjung.

Adalah menarik untuk diketahuibahawa terdapat tiga gedung membeli-belah ternama termasuk Tesco di bandar Batu Pahat yang mencerminkan kepesatan pembangunan daerah ini.

Batu Pahat mengalami perubahan ketara apabila kerajaan mempelbagaikan aktiviti ekonominya yang pada awal kemerdekaan berteraskan pertanian dan antara yang dilihat berpotensi besar untuk dimajukan ialah sektor perindustrian. Sri Gading, Tongkang Pechah dan Parit Raja yang namanya amat terasing dahulu kini menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malahan para pelabur termasuklah dari negara luar.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Yahya Mohd Salleh berkata permintaan terhadap tapak kilang di Sri Gading amat tinggi dan penggunaan kawasan itu sudah hampir ke tahap maksima.

“Setakat ini sebanyak 108 lesen telah dikeluarkan dan kami masih lagi menerima permohonan untuk membuka kilang di situ,” katanya.

Antara yang paling awal bertapak di kawasan perindustrian Sri Gading ialah gergasi elektronik Sharp Roxy dan pengusaha tekstil Ramatex Sdn Bhd.

Yahya berkata kawasan perindustrian Tongkang Pechah dan Parit Raja juga semakin berperanan
dalam meningkatkan lagi ekonomi Batu Pahat.

“Kita telah mengeluarkan 60 lesen kilang untuk kedua-dua kawasan ini dan antara jenama popular yang beroperasi di sini ialah Hwa Tai Industries, Hup Seng, kilang kayu Evergreen Industry.

“Fujitsu Component, pengeluar utama komponen elektronik dunia juga beroperasi di sini, ”katanya.

Tidak mahu dibuai dengan kejayaan setakat itu, kerajaan menamakan empat lagi kawasan sebagai lokasi sektor perindustrian termasuklah Sri Wangi di Parit Yaani, Taman Kota Yong Peng di Parit Sulong serta Jalan Ayer Hitam - Yong Peng yang menempatkan antaranya Munchy Food Industries Sdn. Bhd, pengeluar terkenal makanan ringan.

Batu Pahat juga boleh berbangga kerana dalam usaha kerajaan meningkatkan ekonominya, bidang
pendidikan tetapi diberi perhatian.

Satu lagi kelebihan daerah ini berbanding daerah lain ialah wujudnya pusat pembelajaran seperti  Kolej Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( KUiTTHO) di Parit Raja, Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC di Parit Sulong.

Sebagai rekod, satu-satunya kampus utama universiti awam di Johor ialah Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor Bahru manakala Universiti Teknologi Mara mempunyai kampus cawangan di Segamat.

Jolokan daerah aneka budaya yang diberikan kepada Batu Pahat juga amat bertepatan kerana di sinilah dikatakan menjadi pusat perkembangan seni tradisional antaranya tarian kuda kepang, barongan, kempelingan dan terbangan.

Batu Pahat juga adalah satu-satu daerah yang mempunyai taman tema air untuk keluarga beriadah dalam suasana yang selesa.

Nyatalah daerah ini yang mempunyai penduduk kira-kira 337,000 orang serba lengkap serba maju seiring usia kemerdekaannegara.

Sejarah Daerah Pontian - Penghujung Benua Asia

Daerah yang kini dikenali sebagai Pontian dahulunya adalah dikenali sebagai Kukup atau Kukub dengan pusat pentadbirannya terletak di Kukup Laut berhampiran pelabuhan Kukup yang ada sekarang.

Pada zaman dahulu kawasan pantai barat Johor dari Kukup hingga Benut adalah kawasan persinggahan dan perhentian perompak-perompak lanun yang berpangkalan di Selat Kukup. Mereka singgah dan berhenti di kuala Sungai Perhentian Besar dan Sungai Perhentian Kecil yang kemudiakenali sebagai Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil.

Memetik kata-kata dari Abdullah Munsyi dari hikayatnya: Selat Kukup masa itu adlah seperti suatu bilik. Kalau berapa besar angin pun di situ teduh juga. Maka oleh sebab orang hendak berlindungkan angin lalu masukkan ke dalam jalan Selat Kukup itu. Maka di situlah tempatnya ditangkap perompak, sebab ia boleh kelihatan orang, orang tidak boleh melihat dia. Maka sebab itulah kuat. Orang tersetempak didapatnya dengan senangnya.

Pada 1 Januari 1866, Tanjung Puteri telah ditukar namanya menjadi Johor Bahru dan dijadikan pusat pemerintah negeri Johor yang baru. Negeri Johor mula dibangun. Beberapa penempatan telah diteroka dan dibuka. Kawasan pantai barat Johor diletakkan di bawah jagaan Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang berpusat di Tanjung Kupang. Sementerara itu bahagian Johor Timur pula di Mersing dan Kuala Sedili dijaga Datuk Penggawa Timur yang berpusat di Tanjung Surat.

Pada tahun 1878 Tuan Syed Muhamad Alsagoff atau Nong Chik, seorang saudagar dan hartawan Arab dari Singapura telah memohon kepada Sultan Abu Bakar Johor untuk membuka satu kawasan pertanian. Sultan Abu Bakar telah memperkenankan permohonan ini dan menyerahkan kepada Syed Muhamad Alsagoff untuk memilih kawasan yang diingininya.

Akhirnya pada tahun 1878, Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah belayar dari Teluk Belanga, Singapura menghala ke bara daya Johor di perairan Kukup dan Pontian untuk mencari kawasan yang sesuai bagi pertanian. Beliau telah memilih Kukup kerana Kukup pada masa itu cuma sebuah kampung nelayan yang didiami oleh orang-orang Melayu dari Melaka belum diteroka dan dibuka secara meluas. Beliau mengemukakan permohonannya keada pentadbir pantai barat Johor iaitu Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang ketitka itu berpusat di Tanjung Kupang.

Kawasan Kukup yang dikurniakan oleh Sultan Abu Bakar ini meliputi kawasan-kawasan Sungai Permas, Sungai Pontian Kecil, Sungai Pontian Besar dan Sungai Jerqam Batu.

Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah meneroka dan membuka kawasan Kukup ini dengan membawa buruh-buruh dari Jawa. Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah membuka ladang besr atau estet di Kukup dengan tanaman getah, sagu, kelapa, kopi, nenas dan nilam. Beliau menamakan estetnya itu Constantinople Estate. Hasil-hasil dari Kukup Ini dibawa ke Singapura dengan kapal melalui pelabuhan Kukup kerana masa itu jalan darat mengubugkan Kukup dengan Singapura belum ada.

Selain dari mengusahakan ladangnya sendiri, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga menyewakan tananhnay kepada pengusaha=pengisaha lain seperti Hevea Rubber Company dan Peneiro Planting Syndicaste dengan syarat syarikat-syarikat ini membayar cukai sebayak 2.5% dri hasil yang dikeluarkannya.

Selain dari itu, beliau juga memberikan penempatan kepada buruh-buruhnya berupa kebun-kebun kecil secara sistem pajak dengan cukai 1/10 dari hasil yang didapatnya. Beliau juga memberikan hak membuka kebun epada orang-orang perseorangan. Ramai orang-orang Jawa telaqh diberikan hak meneroka dan membuka kebun di kawasan tanah kurnia kepunyaan Tuan Syed Muhamad Alsagoff ini.

Lebih dari itu, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga mengeluarkan matawang sendiri yang digunakan untuk kegunaan buruh-buruh dan pekerja-pekerja di tanah kurnia atau konsesi Kukup ini. Sekiranya anda berminat untuk mengetahu lebih dalam dalam matawang yang dikeluarkan oleh Tuan Syed Muhamad Alsagoff, sila kunjungi Laman Web Kukup Net.

Dengan cara itu, Kukup yang dahulunya hutan rimba dan paya menjadi terbuka dan ramai orang mula berhijrah membuat kebun dan kampung halaman. Pelabuhan Kukup terus membesar.

Pada tahun 1906, apabila Tuan Syed Muhamad Alsagoff meninggal dunia maka urusan tanah konsesi Kukup di bawah kelolaan anaknya iaitu Tuan Syed Omar Alsagoff. Pada tahun 1914 apabila Johor mula menerima Penasihat British, beberapa perubahan cuba dilaksanakan oleh Inggeris. Ini termasuklah perubahan dalam pentadbiran tanah konsesi Kukup.

Pada tahun 1921, Kerajaan Johor dengan nasihat Inggeris telah melantik seorang pegawai Inggeris menjadi Wakil Penerima yang dikenali sebagai Receiver Alsagoff Consession bagi urusan tanah-tanah konsesi Alsagoff di Kukup itu. Wakil Penerima yang pertama untuk Kukup ialah Tuan B.R. Whitehouse. (Nama ini diabadikan menjadi nama sebatang jalan di bandar Pontian yang mulai tahun 1984 diubah namanya menjadi Jalan Dato' Ali Haji Ahmad.)

Pada tahun 1921 hingga 1926, ada 6 orang Wakil Penerima (RAC) untuk Kukup, mereka ialah:
1.        B.R. Whitehouse        1921 - 1923
2.        F.K. Wilson                1923 - 1924
3.        Sheehan                    Jun 1924 - Julai 1924
4.        Sbden                       Julai 1924 - November 1924
5.        Miller                         1 Disember 1924 - 31 Disember 1924
6.        J. Huggin                   1924 - 1926

Selepas tahun 1926, tanah-tanah konsesi Kukup diambil semula oleh Kerajaan Johor secra membeli dengan harga 1 juta Ringgit. Dengan ini Kukup ditadbir oleh Pegawai Pemungut Hasil Tanah bagi menggantikan Receiver Alsagoff Conession (RAC) dulu itu. Pegawai Pemungut Hasil Tanah yang pertama untuk Kukup ini ialah Encik Wan Hussein bin Endut. Nama ini kini diabadikan menjadi nama sebatang jalan disebelah Balai Polis Pontian menghala ke Jalan Parit Mesjid.


Pada tahun 1921, juga usaha-usaha telah dibuat bagi membina jalanraya dari pelabuhan Kukup ke Pontian bagi memesatkan lagi pembangunan Daerah Kukup.

Di sepanjang jalanraya yang jauh 12 batu (20 Kilomiter) ini juga terdapt pekan-pekan dan kampung-kampung seperti Permas, Penerok, Teluk Kerang, Rambah, Rimba Terjun dan Pontian Kecil serta Pontian Besr. Kampung-kampung baru terus dibuka oleh pendatang-pendatang dari Jawa, Sulawesi dan Sumatera.

Dengan ramainya penduduk-penduduk di daerah yang baru terbuka ini, Kerajaan merasakan perlu adanya sebuah mahkamah bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Dengan itu sebuah balai polis dan sebuah mahkamah telah dibuka di Kukup pada tahun 1924. Majistret pertama mahkamah ini ialah Tuan J.I. Miller yang juga menjadi Receiver Alsagoff Concession Daerah ini selama sebulan. Kemudian Engku Abdul Rahman pula menjadi majistretnya.

Untuk memudahkan perjalanan darat ke Johor Bahru, maka dibina pula jalanraya dari Pontian ke Johor Bahru. Dengan siapnya jalan ini pada tahun 1929, pekan Pontian Kecil berkembang pesat dan menjadi bandar utama Daerah Kukup. Ini disebabkan kedudukannya yang strategik di pertengahan dan persimpangan jalanraya dari Johor Bahru dan Kukup ke Baqtu Pahat dan Muar. Ia menjadi tempat persinggahan.

Akhirkany Pontian Kecil terus membesar dan layak menjadi Ibubandar untuk Daerah Kukup. Jabatan-jabatan Kerajaan mula dipindahkan ke Pontian Kecil. Akhirnya bandar Pontian Kecil menjadi pusat pentadbiran daerah. Lanjutan dari ini daerah yang mulanya dikenali sebaqgai Daerah Kukup berubah menjadi Daerah Pontian dengan ditadbir oleh Pegaqwai Daerah. Encik Wan Hussein bin Endut yang menjawat jawatan Pemungut Hasil Tanah Kukup meneruskan tugasnya sebagai Pegwai Daerah dan Pemungut Hasil Tanah.


Daerah Mersing Bukan lagi daerah pinggiran

DERETAN sampan yang ditambat bersusun di muara Sungai Mersing menyediakan pemandangan klasik Bandar pinggir Laut Cina Selatan ini. Suasana hirok-pikok jetinya dengan perahu nelayan dan bot pelancong mengesahkan status  daerah ini sebagai status daerah Mersing tempat percutian.

Mersing yang menurut sejarah dibuka pada 1892 oleh Dato’ Bentara Luar Mohamad Salleh Perang memang cukup terkenal dengan keindahan pulaupulaunya. Namun mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa bandarnya pernah satu ketika dahulu musnah dibakar semasa pendudukan Jepun. Yang tinggal hanyalah bangunan yang kini menempatkan Majlis Daerah Mersing.

Keadaan bagaimana pun jauh berubah selepas merdeka yang menyaksikan kepesatan pembangunan daerah ini terutamanya bandarnya. Selain bertambahnya bilangan bangunan baru, pembukaan Bandar Baru Tepian Sungai Mersing memperlihatkan keazaman kerajaan membangunkan daerah ini.

“Pembangunan yang berlaku di Mersing amat ketara,” kata Pegawa Daerahnya Asmail Kadir. Sebagai contoh, katanya, Bandar Baru Tepian Sungai Mersing dibina dengan deretan gerai yang tersusun.

Menurutnya keadaan kawasan di sekitar jeti Mersing pula lebih menarik berbanding dahulu. “Berdasarkan gambar-gambar lama, jeti itu dipenuhi sampan dan tongkang tetapi kini kita boleh melihat deretan dengan bot pelancong serta kapal kegiatan perikanan laut dalam,” katanya.

Mersing juga menggunakan kelebihannya sebagai daerah pesisir Laut Cina Selatan untuk memajukan sektor pelancongan. Lokasi perkelahan seperti Pantai Air Papan, Pantai Penyabong dan Pantai Tanjung Leman adalah tumpuan terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Keindahan Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur memang menjadi bualan penggemar aktiviti menyelam. Perairan Mersing juga syurga kepada kaki pancing dari serata negara.

Asmail berkata aktiviti ini menawarkan peluang pendapatan kepada penduduk dengan menyediakan perkhidmatan bot untuk ke pulau-pulau atau memancing.

Selain itu, Mersing juga memiliki khazanah hutan semulajadi yang masih utuh terpelihara  iaitu Taman Negara Endau Rompin dan Hutan Lipur Gunung Arong.

Asmail berkata perkembangan pesat sektor pelancongan menjadikan ia antara penggerak utama aktiviti ekonomi Mersing selain perikanan.

“Kedatangan pelancong ke daerah ini terutama untuk ke pulau-pulau bertali-arus. “Sehingga Jun lepas, lebih 6,000 pelancong telah mengunjungi pulau berkenaan dan kta percaya angka itu akan terus meningkat,” katanya.

Pontian tidak sekadar lagi pekan persinggahan

Sumber ekonomi...Nanas yang menjadi identiti Pontian.

PONTIAN mula berkembang sekitar abad ke-18 apabila pedagang yang kerap menggunakan Selat Melaka menjadikannya sebagai tempat persinggahan. Lama-kelamaan ia menjadi semakin terkenal yang menyaksikan kepesatan pembukaan kampung terutama di sepanjang pantai. Pembangunannya semakin ketara selepas tahun 70an dengan pembinaan kawasan perumahan dan perindustrian.

Namun, pertanian masih merupakan tunjung ekonomi daerah ini kerana hampir 70 peratus tanah di Pontian digunakan untuk sektor berkenaan. Pegawai Daerahnya Burhan Amin berkata, nanas merupakan hasil utama pertanian bersesuaian dengan struktur muka buminya yang bertanah gambut.

“Nanas ditanam dengan meluas dan menjadi simbol kebangaan masyarakat daerah ini. Projek Johor Barat yang dilaksanakan pada 1970 juga menyumbang kepada peningkatan pengeluaran nanas di Pontian,” katanya.

Projek itu menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda ladang nanas yang terletak di kawasan bertanah rendah. Burhan berkata selain manfaat scara langsung yang dinikmati pekebun nanas, masyarakat juga menikmati limpahannya apabila beberapa kilang memproses buah itu dibuka yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. Sinonimnya nanas dengan daerah ini, sebuah Muzium Nanas juga dibuka yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Pontian.

Seperti daerah lain, Pontian turut mempelbagaikan aktiviti ekonominya untuk memastikan daerah itu maju seiring pembangunan negara.

Sektor pelancongan perindustrian diberi penekanan. Konsep homestay diperkenalkan terutamanya di kawasan Serkat di mana terletaknya Tanjung Piai, hujung tanah paling selatan benua Asia.

Burhan berkata selain itu, kewujudan restoran makanan laut di Kukup yang sentiasa sesak dengan pengunjung turut menyumbang kepada ekonomi setempat.

Menurutnya satu perkara mengenai Selat Kukup yang mungkin tidak diketahui ramai ialah aktiviti ternakan ikan air masin yang semakin berkembang di kawasan itu.

“Tanpa disedari ramai, kawasan penternakan ini adalah yang terbesar di Malaysia,” katanya.

Sektor perindustrian daerah ini banyak bertumpu di Pekan Nenas. Puluhan kilang memenuhi kawasan ini sementara gerai usahawan kecil-kecilan yang menjual makanan muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Semuanya saling lengkap melengkapkan dengan wawasan memantapkan pembangunan Pontian. Sumber ekonomi. Nanas yang menjadi identiti Pontian.

‘Orang Muar’ rakyat Johor

BUKANLAH pelik apabila ada orang memperkenalkan dirinya ‘Orang Muar’, bukannya orang Johor. Sikap itu bukan diada-adakan, tetapi secara spontan terpacul dari mulut penduduk daerah berkenaan, lebih-lebih lagi generasi lama.


Mereka berbangga menjadi ‘rakyat Muar’ kerana Daerah Muar yang terletak di bahagian Barat Daya Johor, mempunyai lambang-lambang dan simbolnya sendiri dan satu ketika dulu ditadbir dengan cara tersendiri.

Jentera pentadbirannya berkembang pesat dan lengkap dalam tempoh tidak sampai 10 tahun ia dimashurkan sehingga menjadi contoh pentadbiran negeri Melayu yang dapat dibanggakan pada penghujung abad ke-19.

Pada 12 Ogos 1887, Maharaja Abu Bakar telah secara rasminya membuka Bandar Muar dengan nama ‘Bandar Maharani’ yang pentadbirannya diketuai oleh Engku Sulaiman Daud sebagai residen yang pertama sejak 1884.
Bandar Maharani (Muar) sekitar tahun 1900. 
Pembangunan ketika itu dianggap rancak pada zamannya dan banyak bangunan yang didirikan di sepanjang Jalan Petri masih utuh serta kekal sehingga hari ini.

Dalam tempoh 50 tahun ini, imej bandar Muar telah berubah dan lengkap dengan pelbagai prasarana awam serta pendidikan dengan wujudnya institusi dan pusat latihan.

Antaranya adalah Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara, Pusat Latihan Polis, Kolej Komuniti, Giat Mara, Matrikulasi dan sekolah berasrama penuh. Jambatan kedua Muar yang menyumbang kepada pembangunan hartanah serta memudahkan urusan pengangkutan bahanbahan industri. Malah, ia berupaya mengatasi masalah kesesakan yang sering berlaku di Bandar Maharani.

Kegiatan pertanian sentiasa menjadi sumber utama penduduk Muar sejak dahulu lagi terutamanya kelapa, kopi, sireh, sagu, buah-buahan, gambir dan lada hitam. Namun, kini ia bukan sahaja diperluas, malah sudah berubah hala dengan tanaman kelapa sawit dan kegiatan perindustrian, khususnya perabot.

Perkembangan ketara dapat dilihat melalui pengeluaran hasil tanaman seperti kelapa sawit, produk berasaskan herba dan cendawan. Sebagai contoh, produk Rempah Mak Siti keluaran syarikat Nasuha telah menjadikan daerah ini dikenali sebagai pengeluar produk rempah.

Selaras dengan pembangunan holistik, ekonomi Muar digerakan melalui strategi pembangunan projek dan program secara bottom up planning.

Konsep itu diterapkan melalui pengalakan dan latihan kepada penduduk setempat secara individu dan kelompok, bertujuan untuk menterjemahkan konsep Satu Daerah Satu Industri, Satu Mukim Satu Produk, dan Satu Kampung Satu Produk.


Dalam hal ini, pembangunan minda masyarakat digerakkan dan seruan kerajaaan disambut dengan mengusahakan tanahtanah yang ada untuk ditanam tanaman yang berpotensi untuk dikomersilkan.

Sebagai antara bandar utama di negeri Johor, kemakmuran daerah itu membolehkan kira-kira 420,000 penduduk Muar yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup dalam suasana selesa. 

Kejiranan yang harmoni dan saling memahami itu adalah hasil daripada kejayaan program- program perpaduan, integrasi dan kejiranan yang telah dijalankan.