Social Icons

TUNKU ISMAIL MENJADI TUNKU MAHKOTA KETIKA BERUSIA 10 BULAN

Tunku Ismail diputerakan di Istana Semayam , Johor Bahru pada 28 Oktober 1894 dan merupakan putera kedua Sultan Ibrahim (kekanda sulung baginda mangkat semasa diputrakan).

Bonda Tunku Ismail ialah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid.  Ungku Abdul Majid adalah adinda Sultan Abu Bakar. Sewaktu ayahanda baginda (Tunku Mahkota Ibrahim) dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 7 Septembr 1895 setelah kemangkatan Sultan Abu Bakar pada 4 Jun 1895, Tunku Ismail yang baru berusia 10 bulan telah dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor.

Pelantikan tersebut telah mencatatkan sejarah sebagai Tunku Mahkota termuda di Tanah Melayu iaitu selama 64 tahun.

Sultan Ismail menjadi Sultan Johor pada 8 Mei 1959, berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Ibrahim.

Pada 10 Februari 1960, sewaktu berusia 65 tahun, baginda telah dimahkotakan di Istana Besar Johor Bahru.

ARTIKEL LAIN