COKMAR
Cokmar ialah dua batang tongkat pendek berhulukan kubah merupakan alat perang zaman dahulu. Cokmar diperbuat daripada perak dan panjangnya ialah 81.32 sentimeter.
KERIS PANJANG DIRAJA
Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah keris dan Keris Panjang Diraja adalah alat kebesaran negara yang utama dalam istiadat pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan dan merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, dari huli hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan diatas sampirnya diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 Negeri-negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari 11 bilah keris negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk Tapak Kuda dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.
MUSKAT
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negeri Muskat iaitu Negara islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai Negeri Kedah. Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu samasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj smasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah.
Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras peha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ,Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negei-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Sesi Penggal Persidangan Parlimen.
TENGKOLOK DIRAJA
Salah satu pakaian kebesaran Raja-raja Melayu ialah Tengkolok Diraja. Semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagai solek di ulunya, sebagai pakaian kebesaran. Bentok ikatan (solek)dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Kain ulu itu dinamakan ‘Tengkolok’ dan Tengkolok Diraja dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan ‘Dendam Tak Sudah’ yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan Tengkolok ini dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih dan di tengah-tengah bintang terletak lambang Kerajaan Persekutuan yang berwarna-warni.
|
Showing posts with label kebesaran diraja. Show all posts
Showing posts with label kebesaran diraja. Show all posts
Peralatan-peralatan kebesaran diraja
MOHOR BESAR RAJA-RAJA
Sering kita tertanya, apakah itu Mohor Besar Raja-Raja? Inilah Mohor Besar Raja-Raja dan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah bersara baru² ini adalah penyimpannya.
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA
Pada asalnya penjawat jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia ialah kakitangan kerajaan yang paling kanan. Telah diputuskan dalam salah satu Mesyuarat Majlis Raja-Raja bahawa jawatan Penyimpan Mohor Besar ini tidak boleh kurang tarafnya daripada Menteri Besar yang paling kanan, yang pada masa itu merupakan seorang kakitangan kerajaan yang kanan. Justifikasinya ialah Penyimpan Mohor Besar bertindak bagi pihak semua Raja, manakala Menteri Besar hanya mewakili Rajanya sahaja. Tambahan lagi Raja-Raja masih mempunyai sedikit kuasa eksekutif dan dengan demikian Baginda sekalian memerlukan seorang pegawai kanan.
Selepas merdeka, kuasa eksekutif Raja-Raja dipindahkan kepada rakyat. Maka jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tidak lagi mendukung tanggungjawab seperti yang pernah termaktub sebelumnya.
Jadual Kelima dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa:
3. Majlis Raja-Raja hendaklah mempunyai suatu Mohor Besar Raja-Raja yang hendaklah dalam jagaan seseorang yang dilantik oleh Majlis itu.
4. Orang yang dilantik dibawah Seksyen 3 hendaklah dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Majlis Raja-Raja dan hendaklah memegang jawatannya selama yang diperkenankan oleh Majlis itu.
“6. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja bilamasa dikehendaki berbuat sedemikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis itu dan, dengan tidak dikehendaki berbuat sedemikian, tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan apabila berlaku kekosongan dalam jawatan itu atau dalam jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.”
Gelaran “Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja” (“The Keeper of the Rulers’ Seal”), dibawa jauh dari England ke Malaysia melalui India. Ia berasal dari Britain dan berakar umbi lebih 600 tahun dahulu. Beliau dikenali dengan nama ini memandangkan beliaulah yang menjaga Mohor Besar Raja-Raja. Tidak banyak orang yang mengetahui tugas yang dijalankan oleh Penyimpan Mohor Besar ini. Sebenarnya beliau merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja (Seksyen 4 Jadual Kelima dalam Perlembangaan Persekutuan). Pernah dilaporkan oleh Almarhum DYMM Raja Perlis bahawa pernah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja diperkenalkan kepada seorang pegawai India, pegawai itu berkata, “Oh, Maharaja kami tidak menyimpan Seal, Baginda menyimpan harimau”
Subscribe to:
Posts (Atom)

