Social Icons

KERJA PENGUBAHSUAIAN DAN PEMBAIKAN ISTANA BERJALAN LANCAR

JOHOR BAHRU: Kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan yang sedang berlangsung di Istana Besar dan Istana Bukit Serene berjalan lancar dan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Kerja-kerja pengubahsuaian yang bermula November tahun lalu adalah untuk persediaan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang kelima, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dijangkakan berlangsung pada 5 Mei 2014.

Pengerusi Jawatankuasa, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, YB. Datuk IR. Haji Hasni Bin Haji Mohammad berkata, kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan kedua-dua istana tersebut akan mencapai kemuncak dalam masa 6 bulan lagi.

"Jabatan Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan untuk memulihkan kedua-dua istana, dan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan telah dijalankan dengan penuh teliti," katanya.

Istiadat Kemahkotaan Sultan adalah satu peristiwa yan penuh bersejarah, bukan sahaja untuk rakyat Johor tetapi untuk semua rakyat Malaysia kerana ia dikenali sebagai upacara yang kaya dengan adat diraja era kegemilangan Johor.

Istiadat Kemahkotaan sebelum ini telah diadakan 54 tahun lalu. Ia adalah Istiadat Kemahkotaan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim (1959-1981), yang telah diadakan di Istana Besar pada 10 Feb 1960. (Click)

"Lebih daripada 60 peratus kerja-kerja pengubahsuaian di Istana Besar selesai manakala kerja-kerja pengubahsuaian di Istana Serene kira-kira 40 peratus selesai," kata Hasni.

Semua raja-raja negeri Melayu dan Sultan Brunei dijangka berangkat menyaksikan pemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sutan Johor ke-5.

Terdapat juga beberapa tradisi diraja yang akan diaturkan termasuk adat bersiram (mandi).

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim adalah yang keempat akan diadakan oleh Sultan Johor dalam era moden.

Istiadat Kemahkotaan yang pertama telah diadakan untuk Sultan Abu Bakar pada 29 Julai 1886, diikuti oleh penggantinya Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar pada 2 November 1895 dan seterusnya, Sultan Ismail. Almarhum Sultan Iskandar tidak berkenan mengadakan istiadat itu walaupun telah dinasihatkan beberapa kali oleh Jumaah Majlis Diraja untuk dimahkotakan, kerana baginda memikirkan kos yang terlalu tinggi untuk diadakan majlis tersebut.

Istana Besar yang dibina pada tahun 1866, telah dipengaruhi seni bina Anglo-Malay dan dibina di zaman Sultan Abu Bakar (1833-1895) yang juga dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Manakala Istana Bukit Serene dibina pada tahun 1933 di zaman Sultan Ibrahim (1895-1959).