Social Icons

DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI JOHOR





DARJAH KEBESARAN DIRAJA

The Most Esteemed Family Order of Johore - Grand Commander (DK) collar and collar badge.

The Most Esteemed Family Order of Johore (Darjah Kerabat Johor Yang Amat di-Hormati): founded by Sultan Sir Abu Bakar on 31st July 1886. Awarded in two classes (1. Pangkat Yang Pertama-DK or Grand Commander, and 2. Pangkat Yang Kedua-DKII or Commander).

The Most Esteemed Family Order of Johore - Grand Commander (DK) breast star (L) and collar badge (R).

The Most Illustrious Order of the Crown of Johor (Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia): founded by Sultan Sir Abu Bakar on 31st July 1886. Awarded in three classes (1. Dato' Sri Paduka-SPMJ or Knight Grand Commander, 2. Dato' Paduka-DPMJ or Knight Commander, and 3. Setia-SMJ or Companion).  

Courtesy Megan Robertson
The Most Illustrious Order of the Crown of Johore - Grand Commander (SPMJ) collar and collar badge.

Courtesy Megan RobertsonCourtesy Megan Robertson
The Most Illustrious Order of the Crown of Johore - Grand Commander (SPMJ) breast star (L) and collar badge (R).

The Most Blessed Order of Loyalty to Sultan Ismail of Johor (Darjah Setia Sultan Ismail Johor Yang Amat di-Berkati): founded by Sultan Sir Ismail ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim on 28th October 1974. Awarded in three classes (1. Dato' Sri Setia-SSIJ or Knight Grand Companion, 2. Dato' Setia-DSIJ or Knight Companion, and 3. Setia-SIJ or Companion).

Courtesy the Royal Court of Johor
The Most Blessed Order of Loyalty to Sultan Ismail of Johor - Grand Companion (SSIJ) collar (A) and breast star (B).
Courtesy the Royal Court of Johor
The Iron Medal for Valour and Meritorious Conduct (Pingat Besi Kerana Keberanian dan Jasa): instituted by Sultan Abu Baker in 1894 and reformed by Sultan Ibrahim on 17th September 1958. Awarded in two classes (1. First class or Pangkat Pertama-PB I to reward acts of supreme valour, and 2. Second class or Pangkat Kedua-PB II to reward acts of bravery and life-saving. Further acts of bravery or valour may be signified by a small silver star worn o the ribbon.

The Iron Medal 2nd class.

The Sultan Abu Bakar Medal (Pingat Abu Bakar Sultan): instituted by Sultan Abu Bakar on 31st July 1886 to commemorate his assumption of the title and Coronation as Sultan of Johore. Later converted into a reward for merit and performance of valuable services to the Sultan and Royal Family. Awarded in a single class, a silver medal (PABS). Obsolete 1928.


The Medal for Long and Meritorious Service (Pingat Kerana Jasa dan Lama Dalam Perkhidmatan): instituted by Sultan Abu Baker as a reward for the members of the Johore Military and Volunteer Forces. Reformed by Sultan Ibrahim on 17th September 1923. Awarded in a single class, a silver medal (PJP).


The Medal for Long Service and Good Conduct (Pingat Kerana Lama dan Baik Dalam Pekerjaan): instituted by Sultan Abu Baker as a reward for the police and civil service. Reformed by Sultan Ibrahim on 17th September 1922. Awarded in a single class, a silver medal (PLP).

The Sultan Abu Bakar Medal (L) and the Medal for Long & Meritorious Service (R)

The Sultan Ibrahim Medal (Pingat Ibrahim Sultan): instituted by Sultan Ibrahim to commemorate his Coronation on 2nd November 1895. Converted to a general medal of merit on 17th September 1928, replacing the Sultan Abu Bakar Medal. Awarded in three classes (1. First class in Gold or Pangkat Pertama Emas-PIS 1, 2. Second class in Silver or Pangkat Kedua Perak-PIS II, and 3. Third class in bronze or Pangkat Ketiga Gangsa-PIS III).

The Medal for Long Service & Good Conduct (L) and Sultan Ibrahim Medal 2nd class (R).

The Sultan Ismail Star (Bintang Sultan Ismail): instituted by Sultan Ismail on 28th October 1977 and awarded in two classes (1. First class in Gold or Pangkat Pertama Emas-BSI I, and 2. Second class in Silver or Pangkat Kedua Perak-BSI II).


The Sultan Ibrahim Wedding Medal (Pingat Perkahwinan Sultan Ibrahim Johor): instituted by Sultan Ibrahim to commemorate his marriage to Sultana Helen Ibrahim on 15th October 1930. Awarded in a single class (silver).


The Sultan Ibrahim Diamond Jubilee Medal (Pingat Jubli Intan Sultan Ibrahim): instituted by Sultan Ibrahim to commemorate his Diamond Jubilee in 1955. Awarded in three classes (1. First class in Gold orPangkat Pertama Emas, 2. Second class in Silver or Pangkat Kedua Perak, and 3. Third class in bronze or Pangkat Ketiga Gangsa).

The Sultan Ibrahim Wedding Medal (L), Diamond Jubilee Medal 2nd class (C), and Sultan Ismail Coronation Medal 2nd class (R)

The Sultan Ismail Coronation Medal (Pingat Kemahkotaan Sultan Ismail): instituted by Sultan Ismail to commemorate his Coronation on10th February 1960. Awarded in three classes (1. First class in Gold orPangkat Pertama Emas, 2. Second class in Silver or Pangkat Kedua Perak, and 3. Third class in bronze or Pangkat Ketiga Gangsa).

The Sultan Mahmud Coronation Medal 1st class.

The Sultan Mahmud Coronation Medal (Pingat Kemahkotaan Sultan Mahmud): instituted by Sultan Mahmud to commemorate his Coronation on 11th May 1981. Awarded in three classes (1. First class in Gold or Pangkat Pertama Emas, 2. Second class in Silver or Pangkat Kedua Perak, and 3. Third class in bronze or Pangkat Ketiga Gangsa).



  • Johor
    • Darjah Kerabat I (D.K.I.) (Instituted 31 July, 1886)
    • Darjah Kerabat II (D.K.II) (Instituted 31 July, 1886)
    • Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) (Instituted 31 July, 1886)
    • Dato' Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J.) (Instituted 31 July, 1886)
    • Setia Mahkota Johor (S.M.J.) (Instituted 31 July, 1886)
    • Seri Setia Ismail Johor (S.S.I.J.) (Instituted 28 October, 1974)
    • Dato' Setia Ismail Johor (D.S.I.J.) (Instituted 28 October, 1974)
    • Pingat Besi Kerana Keberanian dan Jasa Pangkat Pertama (P.B.I.) (Instituted 17 September, 1958)
    • Pingat Besi Kerana Keberanian dan Jasa Pangkat Kedua (P.B.II) (Instituted 17 September, 1958)
    • Pingat Kerana Lama Dan Baik Dalam Pekerjaan (P.L.P.) (Instituted 17 September, 1922)
    • Pingat Kerana Jasa Dan Lama Dalam Pekerjaan (P.J.P.) (Instituted 17 September, 1923)
    • Pingat Ibrahim Sultan Johor (Emas) (P.I.S.I) (Instituted 17 September, 1928)
    • Pingat Ibrahim Sultan Johor (Perak) (P.I.S.II) (Instituted 17 September, 1928)
    • Pingat Ibrahim Sultan Johor (Gangsa) (P.I.S.III) (Instituted 17 September, 1928)
    • Bintang Sultan Ismail (Emas) (B.S.I.I) (Instituted 28 October, 1977)
    • Bintang Sultan Ismail (Perak) (B.S.I.II) (Instituted 28 October, 1977)
    • Jaksa Pendamai (J.P.) (Instituted - Unknown)
  • Honorary Titles
    • Darjah Kerabat I dan II (D.K. I) (D.K.II)
      • Gentlemen: No Title
      • Ladies: No Title
      • Wives: No Title
      • Husbands: No Title
    • Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J)
      • Gentlemen: Dato'
      • Ladies: Datin Paduka
      • Wives: Datin
      • Husbands: No Title
    • Seri Setia Ismail Johor (S.S.I.J)
      • Gentlemen: Dato'
      • Ladies: Datin Paduka
      • Wives: Datin
      • Husbands: No Title
    • Dato' Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J.)
      • Gentlemen: Dato'
      • Ladies: Datin Paduka
      • Wives: Datin
      • Husbands: No Title
    • Dato' Setia Ismail Johor (D.S.I.J.)
      • Gentlemen: Dato'
      • Ladies: Datin Paduka
      • Wives: Datin
      • Husbands: No Title

Majalah Selamat Johor

Dato’ Onn Jaafar pernah dipecat dan dibuang negeri oleh Sultan Ibrahim, pada awal tahun 1927. Beliau dikatakan telah melanggar kedudukannya sebagai seorang pegawai kerajaan dan rakyat Sultan Johor yang mengikut kebiasaannya patut menghormati dan patuh perintah Sultan Johor.

Ketika di Singapura Onn membawa keluarganya memulakan hidup baru dengan bekerja sebagai nelayan, buruh kasar dan penarik beca.

Dalam buku Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan’ tulisan Ramlah Adam (DBP,2005) ada menceritakan lebih lanjut tentang mengapa Onn sanggup meninggalkan Johor dan menetap di Singapura. Bagi Onn beliau merasakan pentadbiran Sultan tidak begitu menyenangkan. Kebebasan bersuara di Johor tidak ada, sedangkan Singapura sebuah kota antarabangsa dan tidak tertakluk kepada pentadbiran Johor, memberi kebebasan itu. (hal. 23)

Selama di Singapura Onn membuat apa saja kerja untuk menampung hidup keluarganya. Kemiskinan yang dihadapinya, pergaulan dan penelitian terhadap masyarakat Melayu pada waktu itu mencuit kesedaran sosialnya. Beliau akhirnya memilih pekerjaan sebagai wartawan. Onn memulakan tugasnya sebagai wartawan ‘Warta Malaya’ pada 1 Januari 1930.

Melalui akhbar inilah beliau banyak menulis tentang orang-orang Melayu yang masih tertinggal di bidang ekonomi dan juga sosial. Beliau tidak henti-henti menggunakan sikap masyarakat Melayu sebagai bahan tulisannya. Daripada soal kelemahan pelajaran hingalah soal pelacuran di kalangan orang Melayu.

Onn juga dengan beraninya menyelar dasar British terhadap negeri-negeri Melayu. Dasar liberal British menggalakan kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu juga menjadi perhatian Onn. Baginya kemasukan mereka secara langsung memberi kesan kepada orang Melayu dari segi politik dan ekonomi.

Di samping mengkritik sultan, Onn tidak lupa juga menerbitkan sebuah buku bergambar tentang Keluarga di Raja Johor yang berjudul, ‘Selamat Johor”. Selepas sebulan Selamat Johor diterbitkan, Sultan Ibrahim menulis sepucuk surat kepada Onn menitahkan beliau mengadap di Istana Pasir Pelangi. Bermula dari sinilah hubungan Onn dengan istana kembali pulih. Atas sokongan Tunku Ismail yang juga sahabat karibnya semenjak dari kecil, Onn dilantik sebagai ahli tidak rasmi Majlis Mesyuarat Negeri Johor.

Onn telah menghasilkan sebuah buku sejarah bergambar yang dinamakan Selamat Johor pada bulan September 1935. Majalah bergambar ini yang menerangkan sejarah negeri Johor pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim. Majalah ini merakamkan sejarah Johor yang paling awal sekali oleh anak negeri Johor.

Onn menerbitkan Selamat Johor dengan minat dan kesedarannya sendiri. Beliau mengambil masa yang singkat sahaja untuk menyusunnya, iaitu lebih kurang tiga minggu sahaja. Onn menggunakan percetakan Lembaga Malaya untuk mencetak 2000 naskah, tetapi ia terpaksa ditambah sebanyak 8000 naskah kerana permintaan yang tinggi. Selamat Johor mendapat sambutan luar biasa, walaupun harganya agak mahal iaitu, $1.00 senaskah. Orang ramai melihat Selamat Johor sebagai majalah yang berharga kerana, inilah kali pertama mereka dapat melihat secara dekat kehidupan Sultan Ibrahim dan kerabat diraja Johor. Ia juga menggambarkan rasa hormat yang tinggi kepada keluarga diraja Johor oleh rakyatnya.

   






















Sultan Ibrahim
Her Highness Sultanah Helen Ibrahim.
Photograph taken in 1934.
Johor pada zaman pemerintahan 
Sultan Ibrahim
Tengku Abubakar D. K. etc.
Tengku Aris Bendahara Johore.
Born 17th February 1889.
Their Highnesses The Sultan and Sultanah
of Johore. 1934.
The Ungku Aminah binti Ahmad, 
consort of The Tengku Mahkota & her two sons, 
Tengku Mahmood and Tengku Abdulrahman
Pengawai-pegawai Johor
Menteri Besar Johor
Lagu Bangsa Johor
















































Gambar dipetik dari http://14sept.blogspot.com/2009/03/selamat-johor.html

PERJANJIAN TEMENGGONG ABD. RAHMAN-STAMFORD RAFFLES MENGENAI SINGAPURA



Tarikh Peristiwa : 30-01-1819 


Pada hari ini dalam tahun 1819, satu perjanjian ditandatangani di antara Dato' Temenggong Sri Maharaja Abdul Rahman, pemerintah Singapura bagi pihak dirinya dan bagi pihak Sri Sultan Husin Mohamad Shah, Raja bagi negeri Johor dan Sir Thomas Stamford Raffles, Lt. Gabenor Bangkahulu (Bencoolen) dan jajahan takluknya bagi pihak Gabenor Jeneral Benggala.Di antara isi-isi perjanjian ialah:-
  • Artikel 1 -       Syarikat Hindia Timur Inggeris boleh mendirikan kilang (logi) di Singapura atau tempat-tempat lain dalam wilayah Kerajaan Johor - Singapura.
  • Artikel 11-      Sehubungan dengan itu Syarikat Hindia Timur Inggeris bersetuju untuk melindungi Dato' Temenggong Sri Maharaja.
  • Artikel 111-    Syarikat Hindia Timur Inggeris akan membayar tiga ribu ringgit Sepanyol setahun kepada Dato' Temenggong Sri Maharaja kerana mendirikan kilang itu.
  • Artikel IV-      Dato' Temenggong Sri Maharaja tidak boleh membuat sebarang hubungan dengan negara-negara lain atau membenarkan kuasa negara-negara lain masuk ke negerinya selain dari Inggeris, selagi Syarikat Hindia Timur Inggeris masih kekal dan sanggup memberikan perlindungan menurut perjanjian itu.
  • Artikel V -      Apabila Sri Sultan (Hussein) tiba di Singapura kelak, kesemua perkara yang disebutkan dalam perjanjian ini diselesaikan serta disahkan, akan tetapi pihak Syarikat Hindia Timur boleh memilih suatu tempat untuk mendaratkan pasukan tenteranya dan barang-barang kelengkapan serta dagangan serta menaikkan bendera Syarikat.
Sir Thomas Stamford Bingley Raffles (6 July 1781 – 5 July 1826)
Perjanjian antara Temenggong Sri Maharaja dan Stamford itu merupakan persetujuan sementara dalam usaha Inggeris untuk menguasai Singapura kerana Temenggong itu tidak berhak menandatangani perjanjian sebenar. Hak dan kuasa itu terletak di tangan Sultan yang bersemayam di Lingga. Pada bulan Februari 1819, Tengku Long atau Tengku Hussein, waris yang sah kepada takhta Kerajaan Johor tetapi diketepikan, tiba di Singapura. Walaupun beliau tidak percayakan Inggeris tetapi oleh kerana bimbangkan kuasa Belanda dan Bugis serta dengan sokongan Temenggong Sri Maharaja, beliau telah menandatangani satu perjanjian perikatan dan persahabatan pada bulan Februari 1819 dengan Sir Stamford Raffles.  Dalam perjanjian itu beliau telah diakui dan diiktiraf oleh kerajaan Inggeris di India sebagai Sultan bagi kerajaan Johor - Singapura, bergelar Sultan Hussein Muhamad Shah. Dengan perjanjian itu   maka perjanjian awal yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1819 di antara Dato' Temenggong Sri Maharaja dan Sir Stamford Raffles dengan sendirinya menjadi sah dan bermulalah sejarah penguasaan Inggeris ke atas Singapura. 

Fail:Stamford Raffles statue.jpg
Patung Sir Stamford Raffles di Singapura

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Bangunan yang menempatkan Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dijaga dengan rapi.
Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang sangat popular di kalangan masyarakat khususnya Melayu sehingga ia telah dirakamkan dalam bentuk filem Melayu klasik pada tahun 1950-an dahulu.Seingat saya, teraju utamanya ialah seniman Ahmad Mahmud yang memegang peranan sebagai Sultan.Cerita tersebut berkisar tentang kesetiaan rakyat terhadap raja dan negara di mana sanggup berkorban mengharung segala kesusahan bagi melaksanakan segala perintah raja meskipun bergalang nyawa.Keseluruhan jalan cerita filem berkenaan adalah hampir sama dengan cerita yang diriwayatkan dalam Kitab Hikayat Tuhfat n' Nafis.


Mengikut Kitab Hikayat Tuhfat n" Nafis, kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ini berlaku apabila Laksamana Bentan iaitu Megat Seri Rama telah pergi berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Syah II.

Setem Johor

Pengenalan Setem keluaran 1904 seperti tercatit dibawah.
Memperkenalkan Setem Sultan Johor DYMM Sultan Sir Ibrahim yang dicetak pada Sept 1904 . Ini adalah senarai nilai setem tersebut. Setem 1c (dull purple & green), 2c (dull purple & orange), 3c (dull purple & olive-black), 4c (dull purple & carmine), 5c (dull purple & sage green), 6c (dull purple & blue), 10c (dull purple & black), 25c (dull purple & green), 50c (dull purple & red), $1 (green & purple),$2 (green & carmine), $3 (green & blue), $4 (green & brown), $5 (green & orange), $10 ((green & black), $50 (green & ultramarine)dan $100, (green & scarlet)






Setem Sultan Johor DYMM Sultan Sir Ibrahim
Setem yang dikeluarkan pada 1922-1940. Bagi setem 1c (dull purple & black), 2c (purple & sepia th 1924), 2c (green th 1928), 3c (green th 1925), 3c (purple & sepia th 1928), 4c (purple & carmine th 1924), 5c (dull purple & sage-green), 6c (dull purple & claret), 10c (dull purple & blue), 10c (dull purple & yellow th 1922), 12c (dull purple & blue), 12c (ultramarine th 1940), 21c (dull purple & orange th 1928), 25c (dull purple & muyrtle), 30c (dull purple & orange th 1936), 40c (dull purple & brown th 1936), 50c (dull purple & red), $1 (green & mauve), $2 (green & carmine th 1923), $3 (green & blue th 1925),$4 (green & brown th 1926), $5 (green & orange), $10 (green & black th 1924), $50 (green & ultramarine), $100 (green & scarlet)dan $500 (blue & red th 1926). Mana mana nilai yang tidak tercatit Tahun keluaran adalah yang dikeluarkan pada tahun 1940


 Setem Pertabalan
Setem Sultan Ismail
Ini adalah SETEM PERTABALAN SULTAN JOHOR iaitu DYMM Sultan Ismail yang dilancarkan pada 10hb Feb 1960. Hanya sebentuk setem saja yang dikeluarkan sebagai kenangan dan pada ketika itu Negara kita lebih dikenali dengan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU selepas Era Penjajah British. Namun begitu masih terdapat lagi setem setem yang menggunakan nama MALAYA. Dan selepas pertabalan Baginda Sultan, pada tahun yang sama juga setem Definitive Series untuk negeri Johor seperti yang disiarkan sebelum ini dilancarkan. (Sila semak keluaran lepas, Setem Malaya-Johor)
Setem Sultan Sir Ibrahim bersama Sultanah yang dikeluarkan pada 15, May 1935 recess by Waterlow. Setem ini dikeluarkan satu bentuk saja dengan warna bright vioet & slate.
Setem Sultan Sir Ibrahim bersama Sultanah

ALMARHUM SULTAN ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM

SULTAN JOHOR KE 3 ERA MODEN
ALMARHUM SULTAN ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM
(1959 - 1981)


 

DYMM Paduka Sri Sultan Sir Ismail al-Khalidi ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim DK DMN SMN GCMG KBE CMG DK(Brunei) DK(Selangor) DK(Trengganu)DK(Pahang DK(Perak) SPMJ SSIJ SPMK PIS Grand Commander of the Order of the Crown of Siam, Grand Commander of the Order of the Crown of Italy, Commander of the Order of the Star of Romania.

Diputerakan di Istana Semayun, Johor Bahru pada 28 Oktober 1894, adalah putera kedua (kekandanya meninggal semasa kecil) kepada  Mejar Jeneral DYMM Paduka Sri Sultan  Sir Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar.  Bondanya ialah  Sultanah Maimunah.  Mendapat didikan awal di Rose Hill School, Tunbridge Wells, Kent, Aldeburgh Lodge, Suffolk, Roydon Hall, Norfolk dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. 

Dilantik menjadi pewaris Kesultanan Johor dengan gelaran  ‘Tunku Mahkota’ di Johor Bahru pada 2 November 1895. Baginda adalah yang paling lama sekali memegang jawatan Tunku Mahkota dalam sejarah. Pada 12 Mac 1934 di lantik kepangkat Mejar dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Pada 8 Mei 1959 Tunku Ismail dilantik  sebagai Sultan Johor menggantikan ayahandanya yang mangkat dan dimasyhurkan pada 6 June 195 seterusnya ditabalkan di Istana Besar, Johor Bahru pada  10 Februari 1960.



Baginda menzahirkan bintang Darjah Setia Sultan Ismail JohorYang Di Berkati pada 28 Oktober 1974. Baginda  juga merupakan Kolonel Komandan JMF dari 1959 – 1981 dan dilantik menjadi Keptan Yang DiPertua TLDM.  Baginda telah dilantik menjadi Canselor UTM dari 1978-1981.

Baginda berkahwin dengan mengahwini   Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad pada 30 Ogos  1920 (5 Februari  1905 -   14  September 1977),  kemudian bergelar DYMM Sultanah Aminah pada 28 Oktober 1959 dan ditabalkan pada 10 Feb 1960. 


Baginda juga berkahwin dengan Ungku Maimunah pada tahun 1930an.Setelah kemangkatan Sultanah Aminah pada 14 Sep 1977, baginda mengahwini  Tunku Nora binti Tunku Ahmad (lahir: 10  October 1937) pada  13 November 1977,  kemudian bergelar DYMM Sultanah Nora pada 28 Okt 1978). 


    

Baginda mangkat di Hospital Sultanah Aminah,  Johor Bahru pada 10 Mei 1981dan dimakamkan di Makam Sultan Abu Bakar, Bukit Mahmudiah.  Baginda mempunyai empat putera dan tiga puteri:
1.   YM Tunku Abdul Jalil dilahirkan pada 11 Mei 1924 dan mangkat pada 16 Mei 1925 (bondanya Ungku Aminah).
2.   YM Tunku Kalthum Maimunah dilahirkan pada 22 Dis 1927 dan mangkat pada 15 Februari 1930 (bondanya Ungku Aminah).
3.   YM Tunku Abdul Rahman  diputerakan pada 29 Julai 1930 dan mangkat pada 16 September 1930 (bondanya Ungku Aminah).
4.   YM Tunku Mahmud Iskandar (bondanya Ungku Aminah)
5.   YM Tunku Abdul Rahman DK SPMJ SSIJ SPCM SPMS PIS BSI  diputerakan pada 25 November 1933    (bondanya  Ungku Maimunah).  Dilantik menjadi Tunku Aris Bendahara pada 8 Mei 1959,  dan Tunku Mahkota pada 10 Ogos 1961. Dilantik semula menjadi Tunku Bendahara pada 29 April 1981. Berkahwin dengan  Tunku Hajjah Shahariah binti al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (YDP Negeri Sembilan) pada 25 Okt 1956 dan dikurniakan seorang putera (Tunku Abu Bakar).  Tunku Abdul Rahman meninggal dunia pada 12 Julai 1989.
6.   YM. Tunku Helen diputerikan pada 15  Feb 1936 dan meninggal dunia pada  20 November 1937 (bondanya Ungku Maimunah).
7.   YAM Tunku Tun Maimunah diputerikan pada 12 Feb 1939 (bondanya Ungku Maimunah) dan berkahwin dengan YAM Tunku Tan Sri Dato' Osman bin Tengku Temenggong Ahmad pada 27  November 1958 dan dikurniakan  2 putera dan 2 puteri.




RMMusa     IMG_2223

Istana Woodneuk

 


Istana Woodneuk
Pernah satu ketika dulu kita dikenalkan oleh beberapa orang teman tentang kewujudan sebuah istana milik Sultan Johore iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar yang terletak di Singapura. Setelah kita cuba menyelidiki serba sedikit tentang istana yang diberitahu terletak dikawasan Singapore Botanical Gardens itu, kita mendapat tahu pula tentang kewujudan dua buah istana yang dibina berhampiran. Tersebut dua nama istana iaitu Istana Tyresall dan Istana Woodneuk, ada juga sebutan Tyresall House yang digunakan. Setelah mencuba buat kali pertama untuk mencari kedua istana itu, akhirnya hari ini kita cuba sekali lagi untuk menjejakinya. Usaha kali ini berbaloi, kita temui salah satu istana iaitu yang kita pasti ia adalah Istana Woodneuk. Hanya beriringkan seorang teman yang setia, kita teruskan berjalan masuk melalui tepi pagar yang kelihatan telah dipecahkan barangkali oleh orang yang ingin tahu akan kewujudan istana itu seperti kita ini.

Inilah gerbang berpagar menuju ke Istana Woodneuk yang dapat dilihat dari Tyresall Avenue.
Disebelah kanan tiang gerbang inilah adanya ruang kecil untuk masuk kebelakangnya.


Setelah berjalan selama 5 minit maka kita perlu menaiki bukit kecil ini sebelum dapat melihat Istana Woodneuk.

Kelihatan runtuhan bangunan Istana Woodneuk setelah menaiki bukit kecil yang dikepong.

Inilah runtuhan istana yang pernah didiami oleh Sultan Abu Bakar satu ketika dulu.
Kelihatan aras 2 istana ini musnah namun beberapa bahagian yang lain masih kelihatan utuh.

Ingin saja kita masuk ke dalam istana ini andai tiada yang menghalang memandangkan kita tertarik dengan pemandangan dari pintu utamanya yang menampakkan tangga indah menuju aras 2 istana itu.
Sedang kita mengambil gambar runtuhan dari luar bangunan istana ini, seorang pekerja binaan menyuruh kita pergi dari kawasan itu kerana kita fahami ia adalah tempat larangan dan tempat rahsia kerana kawasan istana itu tidak tertera pada mana-mana peta rasmi, melainkan pada buku-buku lama yang tertentu.
Kelihatan 'balcony' istana yang dihiasi dengan 'railings' bercorak mewah.
Kelihatan ada sofa kuning yang buruk di hujung dewan aras 1 istana yang barangkali salah satu tinggalan.
Kawasan belakang istana yang barangkali bahagian penanggahan.
Masih ingin kita kaji lagi tentang sejarah istana usang ini pada masa akan datang, insyaallah.
Dari belakang pagar yang menuju ke istana.