Social Icons

Prihatin terhadap kebajikan Orang Asli

Sultan yang istimewa, tiada protokol di raja di dalam kamus hidup Almarhum. Sikap itu jugalah yang menjadi contoh rakyatnya sehingga saat ini.

Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail amat terkenal dengan keprihatinannya terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Almarhum sering turun padang bagi melihat sendiri kehidupan seharian masyarakat Orang Asli selain mendengar permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Bagi Tok Batin Orang Asli Kampung Bakar Batu, Kais Titi, 46, baginda sangat prihatin terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli.

Buktinya, menurut Kais, penempatan lama penduduk tersebut yang asalnya di Bukit Serene dipindahkan di kawasan penempatan yang lebih tersusun di Kampung Bakar Batu pada 1964.

"Penempatan di Kampung Bakar Batu ini merupakan kawasan rizab pemberian baginda selain turut mendirikan rumah baru kepada hampir 30 keluarga di sini.

"Baginda juga sering bertandang ke kampung ini dengan menaiki bot untuk memastikan penduduk di sini tidak menghadapi sebarang masalah," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Seorang suri rumah, Boi Ban, 26, berkata, kunjungan Sultan Iskandar ke kampung tersebut merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Katanya, baginda turut meluangkan masa untuk bermesra dengan masyarakat Orang Asli selain berbual panjang tanpa rasa jemu.

"Baginda boleh diibaratkan sebagai seorang bapa bagi masyarakat Orang Asli di seluruh negeri ini," katanya.

Seorang nelayan, Ahmad Inda, 46, melahirkan kesedihan dengan kemangkatan sultan yang berjiwa rakyat dan pemergian baginda merupakan satu kehilangan yang sukar dicari ganti.

Katanya, selain mementingkan pembangunan di kawasan penempatan Orang Asli, baginda juga amat menitikberatkan pendidikan anak-anak Orang Asli.



ARTIKEL YANG BERKAITAN:
  1. 22-01-2010 - Sultan Iskandar Mangkat
  2. Teks Pengumuman Kemangkatan oleh Menteri Besar Johor
  3. Majlis Pemasyuran yang diwarnai dengan kesedihan
  4. Patah Tumbuh, Hilang Berganti
  5. Pelindung Negeri, Pendaulat Bangsa
  6. Kenangan bersama keluarga diraja Johor
  7. 'Apa sembah-sembah, aku pun manusia' jadi kenangan abadi
  8. Sebagai Raja, Sultan, Kawan dan Manusia biasa
  9. Satu-satunya Sultan pernah zahirkan khutbah Jumaat
  10. Keakraban Almarhum Sultan Johor Jadi Kenangan Indah Sepanjang Hayat Aktivis Sosial Sarawak
  11. Sultan Iskandar tepikan protokol
  12. Daulat yang diabadikan
  13. Sultan Iskandar dermakan kesemua elaun kepada yayasan
  14. Sultan Iskandar: Raja Yang Tegas, Adil Dan Mahukan Yang Terbaik
  15. Peserta Festival Layang-Layang ziarah makam Sultan Iskandar

No comments:

Post a Comment